Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis
Bahan A:-
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (kalau guna santan kotak campur air sedikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum
Caranya:-
1. Pukul telur hingga kembang atau blender sahaja.
2. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau rata.
3. Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata. Boleh juga diblender utk dpt adunan yang sebati.
4. Ketepikan.
Bahan B:-
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis.
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit pandan emolco (optional)
Caranya:-
1. Ambil 5 helai daun pandan yg sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis.
2. Satukan air pandan dan santan.
3. Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau jika warna pandan kurang menyerlah. Kacau sampai rata dan tidak berbintil- bintil.
4. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat.
*Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B
5. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (Cik Na blender je dua2 bahan). Ketepikan dahulu sementara sediakan adunan putih.
Bahan C:-
1 cawan santan pekat (kalau guna santan kotak campur sedikit air untuk dapatkan satu cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ x letak
1/2 sudu teh garam
Caranya:-
1. Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau hingga ia pekat.
2. Tunggu suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung beg plastik)
3. Sementara itu kita panaskan dahulu air kukusan hingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.
4. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
5. Tuang adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang.
6. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang.
7. Susun dalam kukusan. Kukus selama 7-10 minit.
8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment