Sambal udang ni resepi turun temurun dari mak Cik Na. Masa zaman study dulu Cik Na x pernah menjadi kalau masak sambal ni sebabnya Cik Na tak pandai agak air asam jawa. Tapi selepas berberapa kali percubaan barulah dapat sambal udang yang hampir sama rasanya dengan mak Cik Na buat.
Bahan:-
1/2 kg udang
50ml air asam jawa, yang diambil dari 1 sudu besar asam jawa yg diramas
Garam
Dikisar Halus:
30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 sudu besar belacan
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masak perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam dan udang. Tambahkan garam.
3. Goreng selama 2 minit atau sehingga udang masak.
No comments:
Post a Comment