Malam ni Cik Na masak lauk ni digandingkan dengan tom yam untuk berbuka puasa.
Bahan:-
Daging cincang
Bawang merah + bawang putih + halia (dikisar)
Sos ikan
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Telur
Garam
Daun sup
Caranya:-
1. Perap bahan kisar dengan daging selama 1/2 jam kemudian tumis sehingga daging kering. Asingkan 2/3 sudu besar.
2. Masukkan air, sos tiram, sos ikan, sos tomato dan sos cili. Masak sampai mendidih dan masukkan garam.
3. Dadar telur yang telah dicampur garam, daging, sos ikan dan sos tiram.
4. Curahkan kuah ke atas telur dan tabur daun sup.
Ok, boleh cuba menu ni utk berbuka nanti. Selalu buat telur dadar je, nanti boleh lawankan dengan kuah lak.
ReplyDeleteTq Cik Na!
cuba la...lain sikit dari telur dadar biasa... :)
ReplyDelete