Monday 3 August 2015

Lidah Kucing (Resepi II)

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
250gm mentega
175gm gula kastor
100 ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah,oren,kuning,hijau,biru,ungu.
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Caranya:-
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kaub balik dengan spatula hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
6. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
7. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
8. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki mengikut warna pelangi.
9. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15-20 minit.
10. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah.

No comments:

Post a Comment