Tuesday 26 May 2015

Ayam Penyet

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 4 bahagian
Bahan2 untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan* - dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
*kesemua bahan digaul rata

Caranya:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian.
2. Rebus ayam bersama bahan kisar dan santan.
3. Kemudian masukkan garam dan gula.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (Bahan B)
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua baham bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkam ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
* lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal:
Sedikit minyak masak
20 batang cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
10 biji cili padi
10 biji bawang kecil/merah-hiris
3 biji bawang putih-hiris
5 biji tomato-potong 4
5 cm belacan
2 sudu ikan bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan semuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
*sambal boleh disediaka  sehari sebelum hidangam sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sebelum disajikan.

No comments:

Post a Comment