Friday 22 May 2015

Kuih Lapis Pisang

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
A
2 cawan santan (Cik Na guna 1 1/2 kotak santan + air)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/jagung
1 sudu teh garam
B
1 cawan pisang emas/berangan-dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning (kalau guna tepung kastard x yah letak rasanya)
C
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah

Caranya:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahangian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan (Sediakan loyang yang digriskan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 adunan pisang dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus selama 8 minit.
7. Buat sehingga setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang.
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10-12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment