Saturday 27 June 2015

Biskut Arab

Resepi Mak

Bahan:-
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula icing (kalau x nak manis sgt boleh kurangkan gula)
Minyak sapi ikut lembap

Caranya:-
1. Mula-mula masukkan gula icing dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak adunan sebelum dimasukkan supaya tepung tidak berbiji.
2. Kemudian, masukkan minyak sapi.
3. Gaul semua hingga menjadi doh.
4. Gelek dan terap ikut suka. Jika mahu, boleh juga gentel menjadi bentuk bulat.
5. Susun di atas talam dan boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak-agak dah naik bau.
6. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment