Bahan:-
1 paket tepung kastard jenama Bird's Custard
3 paket air (guna paket tepung kastard) - kalau tak nak terlalu lembik kurangkan 2 paket setengah je
6 sudu gula pasir (rasa manis2 buah je)
1 tin jagung berkrim
Caranya:-
1. Campur semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga semua bercampur barulah dibuka api dapur.
2. Kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas atau acuan kecil dan biarkan sejuk sebelum dipotong atau dikeluarkan dari acuan.
4. Makan bersama kuah kastard.
Kuah kastard:-
1 tin susu cair IDEAL
1 tin air
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat.
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard (campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair air)
*Campur semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.
No comments:
Post a Comment