Saturday 25 April 2020

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol



Nasi Dagang Kelantan

Bahan A:-
1 cawan beras nasi dagang
1 sudu makan halba
1 cawan santan (masak dulu santan bersama garam untuk nasi tahan lama)
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-
5 biji bawang merah
2 inci halia

Caranya:-
1. Rendam beras nasi dagang semalaman dan toskan. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit. Tuang ke dalam periuk besar.
2. Kalau tak nak halba terasa sangat, masukkan halba masa kukusan pertama. Jika tidak halba dimasukkan selepas kukusan kedua.
3. Tuangkan separuh santan sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan beras nasi dagang semula ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 mint. 
5. Tips untuk nasi lambat basi, boleh masukkan halia dan bawang merah sewaktu kukusan kedua. 
6. Tuang semula ke dalam periuk besar. Tuangkan baki santan, bawang merah, halia dan halba (seandainya tak masukkan dalam kukusan pertama dan kedua) ketika nasi masih panas. 
7. Kacau rata sehingga nasi menjadi berkilat.


Gulai Ikan Tongkol

Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
3 potong ikan tongkol
1 keping asam keping
Secubit belacan (ikut pilihan masing-masing)*kisar bersama cili kering
1/2 kg santan atau santan kotak
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 sudu besar gula merah/gula melaka
8 biji cili padi merah dan hijau
4 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ikan tongkol 
1 sudu kecil garam

Caranya:-
1. Rebus ikan tongkol bersama 3 keping asam keping untuk menghilangkan hanyir ikan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup.
3. Tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan masukkan cili kering kisar, masukkan air 1/4 cawan, masukkan rempah gulai dan tunggu sehingga garing.
4. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak, kemudian masukkan air, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan santan dan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Masukkan gula merah/gula melaka, asam keping, cili padi dan garam.
6. Biar mendidih sampai pecah minyak dan likat.

** Gulai ini sedap dimasak malam atau sehari sebelum ianya hendak dimakan.

No comments:

Post a Comment