Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku
Bahan:-
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besae susu tepung
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter @ marjerin
180 ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver @ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Untuk Gliss:-
Baki telur + 2 sudu besar @air + beberapa titik madu
Untuk Topping:-
Sedikit gula
Caranya:-
Doh Roti:
1. Kaedah 1. Penggunaan bread maker (BM), masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start, tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no 4.
2. Kaedah 2. Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkan doh di dalam plastic tu, ramas2 beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Sapu gliss lepas tu tabur gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 - 20 minit sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
Tips Tambahan: Sebelum roti dibentuk, bulat2kan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
No comments:
Post a Comment