Bahan A:-
1 kg daging kambing
3 sudu makan cili kisar
5 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan air)
2 sudu makan kerisik (dibancuh dengan air)
4 cawan santan
5 biji kentang (dipotong 6)
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1/2 cawan minyak
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris Halus):-
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih, bahan hiris halus dan daun kari. Masukkan cili kisar dan masak hingga wangi dam sedikit garing.
2. Masukkan rempah kari daging dan kerisik. Masakkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan santan. Biarkan sehingga kentang empuk.
6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
No comments:
Post a Comment