Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan Sup Ayam:-
600 gm ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong kiub dan rendam
1 kiub pati ayam (optional)
1 pokok daun sup, potong kasar ( x da)
1 camca besar bawang goreng (x letak sbb x suka)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar sederhana
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
Bahan Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Lain:-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Pasta alfabet secukupnya
Lada kicap jika suka
Caranya:-
1. Untuk Sup Ayam: Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, tumis hingga terbit minyak. Tambah kentang dan ayam, gaul rata dan tuang air secukupnya.
2. Masukkan kiub ayam, jika guna, bawang goreng dan daun sup tadi, kacau dan biar mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Bila ok matikan api.
3. Untuk Sup Alfabet: Didihkan air, masukkan sedikit garam, rebus pasta hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Isi dalam bekas sesuai, tuang kuah sup dan isi2nya, tabur dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh letakkan sedikit lada kicap.
No comments:
Post a Comment