Saturday 12 March 2016

Kek Pisang Marble Susu

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat emulco atau serbuk koko
1/4 cawan chocolate chips

Caranya:-
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit garam. Ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170 darjah  celcius.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanilla, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira2 2 senduk (nak lebih letak 3 senduk) adunan kek dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Bahagi dua setiap warna adunan. Curah 1/2 adunan plain dalam loyang (loyang 9 × 9 atau 7 x 7), tabur chocolate chips dan curah 1/2 adunan coklat, buat lagi satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua2 warna, lorekkan perlahan dengan menggunakan  garfu.
4. Bakar kek pads suhu 170 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama kira2 35 minit. Kalau guna loyang 7 x 7 tempoh membakar kira2 60 minit. Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan dan juga jenis oven masing2.

No comments:

Post a Comment