Walaupun bekerja masak tetap kena masak kan..simple pun ok asalkan boleh alas perut..oleh kerana ada di kalangan kawan2 yg selalu tanya resepi..timbul idea untuk kongsi resepi yg saya masak dlm blog ni...jadi untuk permulaan inilah resepi pertama lauk yg saya masak untuk makan malam semalam.
Resepi: 100 Resepi Citarasa Selebriti
Bahan:-
Sotong
Halia }
Bawang putih }
Bawang merah } dikisar
Serai }
Cili kering }
Asam jawa
Santan
Daun kunyit dihiris halus
Daun limau purut
Stok ikan bilis
Garam
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis sehingga garing.
2. Kemudian masukkan stok ikan bilis. Goreng dengan api yg kecil.
3. Masukkan daun limau purut, air asam jawa dan santan. Masak hingga kuahnya pekat.
4. Masukkan garam dan perasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment