Sumber: Buku Ketuk-Ketuk Ramadan
Resepi: Amy Search
Bahan:-
1 ekor ayam (ayam kampung lebih sedap)
5 batang serai (ditumbuk halus)
10 biji cili hijau (ditumbuk halus)
20 biji cili padi (ditumbuk halus)
1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)
10 biji bawang merah (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 inci halia (ditumbuk halus)
1/2 inci lengkuas (ditumbuk halus)
Limau purut
3 biji bawang besar (dipotong bulat)
Asam keping
4 biji tomato
200 ml santan
Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang besar yang dipotong bulat sehingga naik bau. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi seperti serai, cili hijau, cili padi, kunyit hidup, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing.
2. Bila sudah garing, masukkan santan, sedikit air, biarkan mendidih dan masukkan ayam kampung. (Cik Na guna ayam biasa & digoreng dahulu, jadi Cik Na masukkan ayam setelah semua bahan sebati).
3. Masukkan 2/3 keping asam keping, daun limau purut dan biarkan sebati. Masukkan garam dan gula serta tomato yang telah dipotong dan daun kunyit. Biarkan sampai ayam masak. Sedia dihidangkan.