Bahan:-
120gm tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*
(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120gm pisang, dilecek (Che Mat guna pisang emas)
120gm gula halus
1/2 camca besar ovallate
85gm mentega cair
50gm kacang walnut, dicincang kasar
Caranya:-
1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila dan sejukkan atas jaringan.
No comments:
Post a Comment