Monday 8 June 2020

Kari Ikan Senangin



Sumber Resepi: C&P Blogger Cik Matahariku

Bahan:-
Ikan senangin saiz sederhana (potong saiz kecil)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup/serbuk kunyit 1 sudu teh
(semua di atas ditumbuk kecuali ikan/blend kasar)

5 sudu makan rempah kari
2 susu makan cili kering blend
2 keping asam keping (kalau besar 1 je dah cukup)
2 ulas bawang merah - dihiris
Satu genggam daun kari
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (1 set)
Satu kotak santan kara/harmoni
Air yang secukupnya
Minyak yang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak yang secukupnya dalam periuk. Masukkan bawang merah yang dihiris, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Biarkan sekejap sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk/diblend kasar.
3. Masukkan cili kering blend, serbuk kari dan air dalam setengah cawan.
4. Kacau bahan di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga terbit minyak. Biarkan api kecil sahaja. Antara tips masak kari supaya sedap ialah pastikan masa masak tu, biarkan bahan-bahan yang ditumis bersama serbuk kari itu sehingga terbit minyak dengan api perlahan. 
5. Bila kari dah terbit minyak,masukkan ikan senangin dan biarkan sekejap. Kacau perlahan bagi sebati dengan bahan-bahan masakan tadi. Masa ni jangan terus masukkan air atau santan.
6. Agak-agak dalam 2-3 minit, masukkan satu cawan air. Kacau perlahan lagi, biar air mendidih baru masukkan santan. Kalau masa ni nak masukkan santan cair pun boleh, tapi kalau guna santan kotak masukkan akhir sekali. Satu lagi tips kalau masak ikan ialah, bila mata ikan dah tersembul keluar tu maknanya ikan dah masak. Kalau bukan kepala ikan, tekan sikit isi ikan dengan sudip kalau terbenam maknanya ikan dah masak.
7. Masukkan santan. Masukkan juga asam keping. Kalau guna santan kotak jangan risau kuah kari jarang berketul-ketul.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.


No comments:

Post a Comment