Sumber Resepi: Instagram @danishharraz #ResepiDanishHarraz
Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan (1/2 buku) salted butter, dicairkan
1/2 cawan brown sugar (jika suka sedikit manis boleh tambah 2 sudu besar lagi. Tahap manis juga bergantung pada jenis coklat yang digunakan)
1 biji telur dan 1 biji lagi kuning telur sahaja, Gred A
1 sudu teh vanilla extract
1 cawan dark chocolate chunk/dark baking chocolate yang dicincang (bila masukkan choc chunk dalam adunan ketepikan sedikit untuk ditabur di atas adunan sebelum dibakar)
Caranya:-1. Gaul melted butter dengan brown sugar, cukup sekata sahaja, tak perlu lama atau hingga larut. Jangan overmix semua bahan.
2. Masukkan 1 biji telur dan 1 biji kuning telur, esen vanilla dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kaup balikkan saja jangan over mix.
4. Masukkan chocolate chunk, boleh juga ditambah kekacang jika suka. Jangan kacau lama sangat. Taburkan sedikit choc chunk di atas adunan.
5. Guna dark chocolate yang lebih kandungan koko supaya hasil blondies bars kita just nice manisnya.
6. Guna baking tray 8 x 8. Blondies bar ini tak tinggi kerana tiada
serbuk penaik jadi jika guna tray yang lebih besar, bars akan menjadi nipis. Boleh doublekan adunan dan bakar dalam tray 9 x 12.
7. Bakar pada suhu 170'C selama 30 minit (ini bergantung pada jenis dan suhu oven masing-masing) dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Jangan terlebih bakar nanti blondies jadi kering.
8. Biarkan sejuk sebentar dan kemudian keluarkan dari baking tray dan biarkan sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.
Blondies ini lebih sedap dimakan selepas disimpan semalaman.
No comments:
Post a Comment