Thursday, 25 April 2019
Fluffy Banana Cup Cake
Thursday, 4 April 2019
Kek Span Marble
Sumber Resepi: Instagram @resepimantap
Bahan:-
3 biji telur*
½ cawan gula*
1 sb ovalete*
1 sk esen vanilla*
¾ cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
¼ cawan susu cair*
Secubit garam*
3 sb minyak masak
1 sb serbuk koko
1. Mix semua bahan2 bertanda* sehingga putih gebu.
2. Matikan mixer, masukkan minyak masak dan gaul sampai rata.
3. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian,satu bahagian dicampurkan dgn serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal.
4. Tuangkan adunan ke dlm loyang bersaiz 5@6 yg telah disapu dgn butter atau dilapik dgn baking paper secara selang seli sehingga habis.
5. Bakar selama 35 hingga 40 minit dgn suhu 170°c@180°c,api atas bawah atau bergantung pd oven masing2.
Congo Bar
Sumber Resepi: Tak ingat tapi dari facebook
Bahan:-
250 gm soft pure butter salted (butter dilembutkan)
200 gm gula perang
3 biji telur gred A
270 gm tepung naik sendiri
200 gm semi sweet choc chip
Choc chip & almond
1. Kacau butter dengan senduk kayu, masukkan gula. Sebatikan.
2. Masukkan telur.
3. Masukkan tepung.
4. Tambah choc chip. Gaul sebati.
5. Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10. Ratakan.
6. Taburkan choc chip dan almond jika suka.
7. Bakar 35 minit suhu 180C.
Monday, 1 April 2019
Udang Masak Merah
Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi
1. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. 3. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
4. Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.
5. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.