Sunday, 11 March 2018

Pau Gebu Dan Lembut

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
1 kg tepung high protein
1 packet yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air suam. Boleh tambah kalau tak cukup lembut
1/2 cawan minyak jagung (boleh jugak guna minyak masak)

Caranya:-
1. Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.
3. Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15 minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
4. Bulat-bulatkan doh seberat 40 gm setiap satu. Biarkan rehat 10 minit - 15 minit.
5. Bubuh inti dan tutup inti dengan doh dengan rapat.
6. Lapik dengan daun pisang/plastik/kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.
7. Kukus selama 10 minit.

No comments:

Post a Comment