Sumber Resepi : Facebook/Rozi Abdul Razak
Bahan Utama:-
2 bungkus kue tiau
Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
5-7 ulas bawang putih
Sedikit halia
Bahan Basah:-
(Terserah pilihan anda)
Ayam
Daging (rebus terlebih dahulu)
Sotong
Udang
Bebola ikan (fishball)
Fish cake
Sayur:-
Kobis
Sawi
Lobak merah
Daun saleri
Daun sup/daun bawang
Cili merah
Lain-lain:-
Telur
Garam
Kiub ayam
Bancuhan tepung jagung atau tepung ubi
Bahan Tabur:-
Suhun (digoreng dan diramas2 serta letak dalam belas bertutup)
Cili api & kicap (jika suka pedas)
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng (jika perlu)
Caranya:-
1. Jika anda memilih untuk menggunakan daging, ada dua cara. Pertama boleh rebus daging terlebih dahulu (mungkin beberapa jam sebelum memasak) dan kemudian masukkan ke periuk yang lebih besar, tambahkan air. Selepas itu barulah dimasukkan bahan basah lain seperti ayam, atau sotong. Kedua terus rebus daging sampai separuh empuk dan tambahkan air panas, masukkan bahan basah yang lain.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila air telah panas, masukkan kue tiau yang sudah dibasuh. Kacau2 seketika dan angkat. Jangan sampai kue tiau terlalu lembik. Toskan kue tiau.
3. Pukul beberapa biji telur dengan sedikit garam. Panaskan kuali, sapu2 minyak pada kuali dan letakkan sesenduk kecil telur. Angkat kuali dan layangkan telur supaya menjadi bentuk bulat. Masak telur dengan api kecil dan biarkan hingga masak. Angkat telur dengan berhati2.
4. Letakkan telur yang sudah dimasak di atas pinggan leper. Telur tersebut ditindih2 di atas telur yang telah masak sebelumnya.
5. Masukkan semua bahan basah dalam periuk. Masukkan air dan juga kisar. Bila kuah mula menggelegak, masukkan lobak merah. Masukkan pula daun saleri. Ketika ini baru masukkan udang supaya manis udang tidak hilang apabila terlalu lama di atas dapur.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi. Masukkannya ke dalam periuk dengan api dapur sederhana. Kacau kuah laju2 supaya tidak berketul2 (likat) tepung tersebut. Kuahnya biarkan sedikit pekat, jika masih cair, tambahkan lagi air bancuhan tepung.
7. Apabila kuah kembali menggelegak, masukkan pula telur dan kacau laju. Telur ini hanya optional, juga boleh untuk tidak menggunakan telur. Kacau laju2 apabila telur sudah dimasukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan fish cake dan fish ball. Masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.
9. Sewaktu membuat gulungan kue tiau, adakala telur yang dimasak tadi berlebih, gulung dan potong halus lalu dimasukkan ke dalam kuah.
10. Kecilkan api dan akhir sekali masukkan sayur sawi, kobis dan cili besar yang dihiris. Tutup api dapur supaya sayur tidak terlalu layu.
11. Untuk bahan tabur, panaskan minyak sehingga benar2 panas. Kemudian goreng suhun. Balikkan ke sebelah satu lagi dengan segera. Suhun yang telah siap digoreng, diangkat. Suhun yang sudah diramas2 kemudian dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
12. Cara menggulung kue tiau. Letakkan telur di atas pinggan leper atau di atas papan pemotong. Ambil sedikit kue tiau, dikepal sedikit dan gulung. Potong gulungan kue tiau kepada beberapa bahagian.
13. Letakkan kue tiau yang sudah dipotong di atas pinggan, tuangkan kuah ke atasnya. Tabur daun sup, daun bawang dan suhun. Jika suka pedas, letaklah cili kicap.
Cara membuat cili kicap:-
Kisar cili api dengan air masak. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata.
No comments:
Post a Comment