Saturday 9 December 2017

Apam Ice Cream Cornetto

Sumber Resepi: C&P Azlita @Masam Manis

Mula2 sediakan kelonsong atau kon. Pastikan ianya tidak terburai bila dikukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan tidak menitis keluar. Gunakan kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak.

Bahan:-
Adunan dapat banyak, kalau take nak banyak boleh buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose (boleh guna perasa berlainan untuk setiap warna)
Pewarna (3 warna berlainan)
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/coklat rice/coklat cip atau manik berwarna

Caranya:-
1. Pukul telur dengan gula hingga putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7
minit. * Tambahkan 1 sudu ovallate jika nak adunan apam yang lembut.
2. Masukkan tepung yang dah diayak. Kaup balik rata.
3. Tambahkan air ais krim soda dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan.
5. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
6. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.
7. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang. Pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
8. Guna semua bekas pengukus. Bekas bawah letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.
9. Tuang adunan selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
10. Kemudian tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah ditutup. Pastikan tutup kukusan dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.
11. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
12. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk. Jangan buka kon sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
13. Sebelum kita cairkan coklat, panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak ditaburkan tadi. Boleh gunakan apa2 saja kacang. Nak letak coklat rice atau coklat cip pun boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh.
14. Until memanggang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit.
15. Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah nak gunakan dark coklat atau milk coklat. Terpulang pada citarasa masing2.
16. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu jangan buka kon dahulu sebab nanti akan curah coklat).
17. Kemudian taburkan pula kacang yang dah dipanggang tadi. Kacang tu ditumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji2 pun ok. Cik Na taburkan colour rice.
18. Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap je hingga coklat keras.
  

No comments:

Post a Comment