Monday, 28 May 2018

Nasi Goreng

Bahan:-


3 mangkuk nasi putih

1 1/2 cawan ikan bilis goreng garing 

10 biji cili padi panjang (cili thai) - hiris

1 labu bawang besar - hiris

5 ulas bawang putih - hiris

Kacang panjang - hiris (x letak sbb x da)

2 biji telur - buat mcm scramble egg

2 1/2 sudu kecil garam halus 


Caranya:- 


1. Panaskan minyak, tumis cili, bawang besar dan bawang putih, kacau layu dan wangi.

2. Masukkan kacang panjang, kacau sekejap. 

3. Masukkan nasi, kacau rata dan masukkan garam.

4. Goreng hingga nasi kelihatan meletup-letup naik/garing sikit. 

5. Gaulkan ikan bilis goreng tadi dan scramble egg.



Monday, 21 May 2018

Sotong Goreng Kunyit Simple


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi


Bahan:-

Semangkuk sotong yg telah dibersihkan 

3 btg serai diketuk 

Sebiji bawang besar dipotong gelang 

3 sb pes bawang merah bawang putih 

6-7 helai daun limau purut (x letak sebab x da)

1-2 sb serbuk kunyit 

4-5 biji cili padi 

Garam Gula 


Caranya:-

1. Panaskan minyak. Tumis pes bawang Biarkan hingga naik minyak.

2. Masukkan serai,sotong dan daun limau purut. Biarkan hingga sotong masak. 

3. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula. Tutup kuali dengan penutup kuali. Tak perlu bubuh air sebab sotong akan keluarkan air sewaktu mendidih tu.

4. Masukkan bawang besar yg telah dipotong td. 

5. Masukkan cili padi. Apabila sotong sudah lembut, angkat dan hidangkan.

Sunday, 20 May 2018

Sambal Ketam




Sumber Resepi: Majalah Nona Mei 2018

Bahan:-
4 ekor ketam (dibuang kulit dan dibersihkan)
1/3 cawan minyak untuk menumis
2 batang serai (diketuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
15 biji cili kering (dipotong dan direbus)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan serai. 
2. Masuk bahan2 kisar. Masak sehingga kering dan pecah minyak. 
3. Tambah garam secukupnya.
4. Masukkan air, kacau dan biarkani ia mendidih. 
5. Masukkan ketam dan masak selama 20 minit.


Thursday, 3 May 2018

Ayam Cili Masak Ketumbar



Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap

Bahan:-
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit dan garam untuk digaulkan dengan ayam
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
4 sudu besar ketumbar **
1 sudu besar jintan manis**
4 sudu besar cili kisar
2 asam keping

Note: 
- Kisar bahan2 bertanda * bersama2 (kisar dengan sedikit air)
- Kisar bahan2 bertanda ** bersama2 (guna blender kering)

Caranya:-
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sampai garing.
2. Tumis bahan2 bertanda * yang telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan bahan2 bertanda ** dan tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana).
5. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati. Siap dihidang.

Tuesday, 1 May 2018

Daging Goreng Garam Kunyit Kelantan



Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Daging - jangan potong nipis (Cik Na guna daging batang pinang)
Hati, paru, lidah - jika ada, Cik Na x letak
Garam
Kunyit hidup
Sedikit kunyit serbuk
Minyak

Bahan Lain:-
Bawang besar - hiris
Cili hijau solok - guna cili merah
Daun sup - hiris (x letak x da)

Caranya:-
1. Daging dihiris sederhana tebal, barulah lebih sedap. Daging dilumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Masukkan daging ke dalam kuali dan dimasukkan sedikit air. Sedikit sahaja kerana daging juga akan mengeluarkan air. Ianya bertujuan untuk daging masak dan lembut.
3. Setelah air kering dan daging telah lembut, tuangkan minyak masak ke dalam kuali. Kacau rata. Jangan digoreng terlalu lama atau terlalu garing kerana ia akan menjadikan daging keras dan kering.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hijau solok/cili merah. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Sebelum dihidangkan tabur dengan daun bawang atau daun sup.