Thursday 20 September 2018

Mee Hailam (Resepi V)


Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
1 bungkus mee kuning
100 gm isi ayam (dihiris nipis) (x letak)
100 gm sotong 
1 paket bebola ikan (x letak)
100 gm udang
250 gm sawi hijau (dipotong kecil)
100 gm kubis (dihiris)(x letak)
2 biji telur
1 biji cili merah (dimayang) (x da cili merah tukar cili hijau)
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air (tambah 3 cawan lagi sbb nak berkuah)
4 ulas bawang putih (diketuk)
Garam (sekiranya perlu)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Cik Na tambah dua sudu cili kisar nak pedas sikit. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Apabila ayam lembut, masukkan bebola ikan, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau rata sekali lagi.
5. Masukkan bahan sayur lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Yang ni Cik Na tambah, masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang.

# Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.

No comments:

Post a Comment