Monday, 29 August 2016

Kuih Tepung Pelita

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Lapisan Hijau
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan

Caranya:-
1. Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau.
2. Panaskan periuk kukus sehingga airnya mendidih.
3. Susun bekas daun pisang dlm periuk kukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
4. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan adunan lapisan santan di atasnya.

Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam

Caranya:-
1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap.
2. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.

Nota: Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Tuesday, 23 August 2016

Air "I Love U"

Bahan:-
1 botol ais krim soda
1 tin laici
1 biji lemon
Pati ribena secukupnya
Ais batu

Caranya:-
1. Lemon dihiris. Masukkan  ke dalam jug dan ketuk2 sedikit dengan sudu/senduk/sudip supaya lemon keluarkan jus.
2. Masukkan ais batu, pati ribena secukupnya, air laici dan ais krim soda. Tak perlu letak air gula sebab ribena, ais krim soda dan air laici dah manis.

Monday, 22 August 2016

Udang Supreme

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
500 gm udang (dibersihkan dan buang urat belakang, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
3 tangkai cili merah (cincang halus)
3 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang)
1 inci halia (cincang halus)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap cair
Minyak untuk menumis
Sedikit garam (jika kurang masin)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan (jangan terlalu lama, nanti udang keras). Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan2 cincang hingga garing dan naik bau.  Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap masin.
3. Kacau sebentar dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.
4. Kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Friday, 19 August 2016

Udang Goreng Lada Hitam

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
1 kg udang sederhana besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya
1 sudu besar lada hitam - kisar kasar
1 tangkai cili merah*
1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
Daun sup secukupnya - hiris halus
1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
1 biji tomato - belah 4
1 labu bawang besar - potong bulat

Bahan Hiris:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan Sos:-
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air + 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)

Caranya:-
1. Udang gunting muncungnya, dibersihkan, cuci dan toskan.
2. Lumurkan udang bersama serbuk kunyit dan garam.
3. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
5. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul rata.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok..matikan api dan bolehlah diangkat.
7. Taburkan hirisan daun sup.
7.

Wednesday, 17 August 2016

Jus Jimi Asmara

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
Air masak secukupnya ~ anggaran 1500ml
4-5 camca besar gula
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunquick
1 camca teh esen pisang
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Caranya:-
1. Bancuh gula dengan air panas, kacau rata.
2. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali ais kiub.
3. Kacau rata dan rasa jika perlu tambah gula.
4. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya. Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya.
5. Biarkan sejuk sebentar dan sedia dinikmati.

Wednesday, 10 August 2016

Garlic Rolls

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan Untuk Garlic Rolls:-
3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil

Caranya:-
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40-45 minit.
4. Doh akan naik sekali ganda.
5. Sementara menunggu doh naik sediakan garlic spread.
6. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk2 doh dan uli sekejap.
7. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian, seelok2nya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
8. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inci tebal berbentuk empat segi memanjang.
9. Sapukan 1 sudu garlic spread di atasnya dan gulung.
10. Buat kaedah yang sama pada doh yang seterusnya.
11. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
12. Kita akan mendapat 8 potongan doh.
13. Susun doh dalam tray yang telah disapu dengan butter hingga habis.
14. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
15. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic bread di doh tadi.
16. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
17. Bakar doh dalam oven pada suhu 170-180C selama 20-25 minit.

Panduan:-
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah dimasak dengan sempurna ~ Chef Wan

Garlic Spread:-
50 gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
Sedikit lada hitam kisar

1. Gaulkan semua bahan
2. Siap digunakan

Sunday, 7 August 2016

Cheddar Cheese Cake

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempandan

Bahan:-
250 gm mentega
230 gm gula halus
4 biji telur gred A (berat lebih kurang 60 gm setiap biji)
80 gm parutan keju cheddar
280 gm tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dengan mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang.

Cheddar Cheese Muffin

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan A:-
175 gm tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
50 gm parutan keju cheddar

Bahan B:-
50 gm mentega, dicairkan
2 biji telur gred A
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus
1 ulas bawang putih, cincang halus (x letak pun)

Bahan C:-
Sedikit parutan keju cheddar
Sedikit gula aising

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan 12 muffin cup atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.
2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan whisk hingga sebati. Tuang ke dalam bahan2 A tadi dan gaul hingga rata.
4. Sudukan 3/4 penuh dalam bekas yang disiapkan tadi. Tabur dengan parutan keju cheddar dan bakar 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejukkan, ayakkan dengan gula aising dan hidangkan untuk minum petang.