Monday, 25 June 2018

Tilapia Goreng Beraroma & Sambal Kantan

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Tilapia Goreng Beraroma

Bahan:-
1 ekor ikan tilapia sederhana besar 
2 sudu teh air perahan limau
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar/Tumbuk:-
1 sudu teh ketumbar - tumbuk halus
1 cm kunyit hidup - kisar
2 cm halia - kisar
4 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Bersihkan ikan, lumur dengan air perahan limau, garam dan bahan kisar.
2. Perapkan selama 20-30 minit. 
3. Goreng sampai garing.


Sambal Kantan

Bahan:-
3 biji cili merah
8 biji cili padi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 kuntum bunga kantan (hiris)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih (x perlu hiris) dan buah keras sehingga masak.
2. Angkat dan toskan minyaknya. 
3. Kisar bahan goreng tadi bersama garam dan gula hingga halus.
4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan bunga kantan dan gaul rata. 
5. Hidangkan dengan ikan tilapia goreng tadi.

Sunday, 24 June 2018

Daging Goreng Kunyit


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong (Cik Na tukar cili padi)
1 batang leek, dikerat2, 1 inci panjang (resepi asal tak x tapi Che Mat tambah tp Cik Na x letak sebab x da)

Caranya:-
1. Hiris daging nipis2, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekurang2nya 20 minit.
2. Masak daging atas api perlahan hingga air daging kering dan daging empuk, tambah sedikit air jika perlu. Kemudian tuang minyak masak dalam daging tadi (anggaran 3 camca besar) dan goreng hingga daging sedikit garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan leek. Goreng hingga lembut. Akhir sekali masukkan bawang besar dan hirisan cili merah/cili padi. Gaul rata dan goreng hingga semua garing. Angkat dan hidangkan panas.

Almond Crunchy



Summer Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
300gram tepung bienetta
35g black sesame
85g sunflower seeds
85g melon seeds
85g pumpkin seeds
 
Caranya:-

1. Bakar kekacang (black sesame, sunflower seeds, melon seeds & pumpkin seeds) selama 5 minit dengan suhu 160C.

2. Campurkan kekacang dengan tepung florantine (Bienetta).

3. Ambil campuran tadi dalam setengah sudu besae, masukkan ke dalam acuan tat telur.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.




5. Selepas dibakar, tunggu suam2 kuku dan cengkamkan acuan tat telur utk mengeluarkan biskut dari acuan. Jangan tunggu sejuk nanti cepat patah.(3 percubaan Cik Na gagal semua patah dan x jadi bulat.. so Cik Na tukar guna acuan cupcake.. baru la elok jadi bulat.








Friday, 22 June 2018

Sotong Masak Ala Sangdewi


Sumber Resepi: Instagram @rozisangdewi

Bahan:-
Sotong 
Bawang merah *
Bawang putih *
(* ditumbuk)
Halia - dihiris
Bawang besar - dihiris
Cili merah - dihiris (Cik Na tukar cili padi nak lagi pedas)
Kiub ayam
Kicap manis
Serbuk kunyit
Garam

Caranya:-
1. Letak sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk.
2. Masukkan hirisan halia masa menumis, masukkan sotong (digaul kunyit sikit), letak sedikit saja air, biarkan sotong masak. 
3. Masukkan sedikit garam, kiub ayam dan sedikit kicap manis. 
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. 

Tuesday, 19 June 2018

Sambal Ayam Cili Padi Tom Yam


Sumber Resepi: Instagram @resepisedap

Bahan:-
Ayam 8 ketul(bersihkan dan potong kecik.. goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih1 sudu makan pes tomyam

1 batang serai
 5 @ 6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam dan perasa
1 biji bawang besar-hiris bulat

Caranya:-
1. Kisar bahan bertanda *
2. Tumis bahan hingga naik bau.
3. Masukkan serai dan daun limau purut.
4. Masukkan pes tomyam.
5. Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris.

Thursday, 7 June 2018

Ayam Masak Lemak Cili Api (Resepi III)



Sumber Resepi: Instagram @roziesangdewi

Bahan:-

Ayam
Serai - dititik
Bawang besar - dikisar
Lengkuas - dititik
Cili api - dikisar
Kunyit - dikisar
Kerisik
Santan cair & santan pekat
Daun kunyit

Caranya:-

1. Semua bahan dimasukkan terus dalam periuk, ayam, santan cair sikit (supaya ayam senang nak masak cepat, nanti baru letak santan pekat), cili api dan kunyit yang ditumbuk/dikisar, sedikit bawang besar yang ditumbuk/dikisar (bawang ni bagi sedap saja, sikit aje, tak perlu banyak), serai yang dititik dan sedikit hirisan lengkuas yg dititik. Masak atas dapur. 
2. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat, masukkan garam. Bila hampir nak masak, masukkan daun kunyit. Kalau ada kerisik di rumah, masukkan sedikit saja sebagai penambah kelazatan. Kalau tak nak masukkan pun resipi ni dah sedap dah. 
3. Kalau nak masukkan kentang, kena masukkan sama dgn ayam mula2 tadi, biar kentang lembut seiring ayam pun masak elok. Masak lemak ni jangan ditumis seeloknya, ayam pun dah menghasilkan minyak.