Saturday, 22 September 2018

Ikan Goreng Bersambal Istimewa


Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
3 ekor ikan / beberapa keping ikan tenggiri
Garam 
Serbuk kunyit

Untuk Sambal:-
4 biji cili hijau
1 biji cili merah
Beberapa cili padi
1 batang serai
1/2 kuntum bunga kantan
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun ketumbar - dihiris halus
Daun limau purut
Garam

Tambahan oleh Kak Nor:-
2 sudu besar sos ikan 
Sedikit gula 
1 sudu besar perahan limau nipis

Caranya:-
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 untuk sambal kecuali ketumbar, daun limau purut dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yang dah siap digoreng.

Thursday, 20 September 2018

Mee Hailam (Resepi V)


Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
1 bungkus mee kuning
100 gm isi ayam (dihiris nipis) (x letak)
100 gm sotong 
1 paket bebola ikan (x letak)
100 gm udang
250 gm sawi hijau (dipotong kecil)
100 gm kubis (dihiris)(x letak)
2 biji telur
1 biji cili merah (dimayang) (x da cili merah tukar cili hijau)
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air (tambah 3 cawan lagi sbb nak berkuah)
4 ulas bawang putih (diketuk)
Garam (sekiranya perlu)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Cik Na tambah dua sudu cili kisar nak pedas sikit. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Apabila ayam lembut, masukkan bebola ikan, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau rata sekali lagi.
5. Masukkan bahan sayur lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Yang ni Cik Na tambah, masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang.

# Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.

Sunday, 16 September 2018

Ayam Masak Sambal Serai


Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
1 ekor ayam dipotong 12
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit (utk goreng ayam)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:-
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 cawan lada kering kisar (dlm 20 batang)

Caranya:-
1. Ayam yang telah dipotong kecil dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
2. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
3. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar dan serai sehingga naik bau.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu).
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Masukkan pula garam dan gula. Perasakan.
5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dimakan.
6. Setelah rasanya ok, bolehlah diangkat dan matikan api.
7. Angkat dan boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.

Monday, 10 September 2018

Mee Lidi Goreng Basah


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket mee lidi/mee batang
10 - 12 ekor udang
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar cili kisar
1 paket fishball - dibelah 2
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar udang kering (direndam dan tumbuk)
1/2 biji kobis - dipotong (boleh ganti sawi)
1/2 batang carrot - dihiris kecil (boleh ganti taugeh - x letak pun)
2 biji cili merah
Sedikit air
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Taburan/Hirisan:-
Daun bawang - potong kecil 
Tomato - hiris
Limau kasturi - dibelah 2

Caranya:-
1. Dalam periuk, masak air hingga mendidih dan masukkan mee lidi dan masak hingga mee lembut. Tapi jangan terlalu lembik. Tuangkan dalam tapisan dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar. Kacau hingga cili masak/naik minyak.
3. Masukkan semua sos dan kicap. Perlahankan api dan kacau sebentar.
4. Masukkan fishball dan udang, kacau. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan sayuran dan kemudian masukkan mee lidi. Masukkan cili merah dan kacau hingga semua bahan sebati dengan mee.
6. Angkat dan hidangkan. Lengkapkan dengan bahan taburan/hiasan.

Sunday, 9 September 2018

Daging Merah Tiga Rasa


Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
1/2 kg daging dipotong kiub 
3 batang serai - diblend halus
1/2 inci lengkuas - diblend halus
2 helai daun limau purut - diracik halus
2 sudu besar tom yam paste (Kak Nor guna 2 pack Maggie Tom Yam paste)
1 sudu besar gula
Garam
Minyak
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong

Caranya:-
1. Rebus daging yang dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Panaskan minyak dan tumis paste tom yam hingga wangi dan masukkan bahan yang diblend.
3. Kacau goreng hingga pecah minyak dan masukkan daging beserta air rebusan dan daun limau purut. 
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yang dah dipotong. 
6. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas. 

# kalau paste tom yam yang digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.

Saturday, 8 September 2018

Cempedak Goreng Garing



Sumber Resepi: C&P DayangJack @ DapurKu SaYang 


Bahan:-

Buah cempedak ranum secukupnya 

1 cawan tepung gandum 

1 sudu besar marjerin 

1 sudu besar gula 

1 cawan air sejuk (dari peti ais) 

Sedikit garam dan pewarna kuning 


Caranya:-

1. Blend semua bahan hingga sebati. 

2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. 

3. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. 

4. Toskan setelah digoreng.

Nasi Goreng Thai (Resepi II)


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 mangkuk nasi
2 biji telur
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu 
2 sudu kecil pes tom yam/1 kiub pati tom yam
1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili kisar 
3 - 4 tangkai cili padi - tumbuk (nak lagi pedas letak 8 biji)
1 - 2 helai daun limau purut - hiris halus
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dihiris halus
1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
7 - 8 ekor udang dicelur (Cik Na x celur, goreng dengan nasi)
Hirisan ayam
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tom yam.
4. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
5. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Sunday, 2 September 2018

Sambal Sotong Cili Padi


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
300gm sotong (dibersihkan dan dipotong2)
10 - 15 biji cili padi (ikut kepedasan yang diingini) ~ (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa (optional)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul2 kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, 1 September 2018

Puding Jagung (Resepi II)


Sumber Resepi: Instagram @zila_norazila

Bahan:-
1/2 cawan gula pasir 
1 cawan tepung kastard 
1 tin jagung manis krim 
1 tin susu cair 
1 cawan air 
1 cawan santan 
Sedikit garam 

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. 
2.Kacau dulu sampai semua rata baru bukak api perlahan, kacau jangan berhenti nanti berketul. Kacau puding tu sampai pekat dan likat dan ada letup2. 
3. Matikan api masuk dalam acuan kalau nak cantik atau bekas apa2 pun boleh.
4. Biarkan kat luar sampai sejuk baru masuk peti ais.