Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi
Bahan:-
1/4 ekor ayam (garam kunyit, goreng & ketepikan)
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cili padi
1 atau 2 keping asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 batang serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menggoreng
Garam gula/gula merah (jika suka)
Caranya:-
1. Blend (tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah, halia, bawang putih, cili padi, lada merah & belacan.
2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit je gula merah.
4. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai.
5. Goreng sampai naik bau. Kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar. Gaul sehingga bawang layu dan boleh padamkan api.
No comments:
Post a Comment