Monday, 28 August 2017

Ayam Sos Siam

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai*
4 ulas bawang putih*
(* ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
Sedikit gula (optional)
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit

Caranya:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. Cik Na x letak garam mcm Kak Ummi, cukup yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi)
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment