Sumber Resepi: C&P Saljuarissa.Com
Bahan:-
Nasi mengikut kuantiti yang diinginkan
Sedikit isi ayam samada yang telah digoreng atau tidak
Bawang putih ~ cincang halus
Bawang merah ~ hiris halus
Sedikit cili api mengikut kepedasan yang diinginkan ~ hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Kacau dan tunggu sehingga naik bau dan warna again kekuningan.
2. Masukkan cili api. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan sos tiram. Goreng sehingga semua bahan sebati.
4. Kemudian masukkan nasi dan Goreng sebati.
5. Buat lubang di bahagian tengah. Masukkan telur.
6. Biar sebentar sehingga telur agak masak.
7. Akhir sekali kacau sehingga semua bahan sebati.
No comments:
Post a Comment