Saturday, 5 August 2017

Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
125 gm dark chocolate, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor (cuma 115 gm jer)
2 biji telur, dipukul ringan
155 gm susu cair/susu segar
1/2 sdt esen vanilla

Caranya:-
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit Dan esen vanilla. Pukul lagi.
4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan dark chocolate yang telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
7. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping. (Tak minat bubuh sebab kek dengan sendirinya dah cukup sedap).

No comments:

Post a Comment