Sunday, 17 December 2017

Kue Tiau Gulung Ala Sangdewi

Sumber Resepi : Facebook/Rozi Abdul Razak

Bahan Utama:-
2 bungkus kue tiau

Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
5-7 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan Basah:-
(Terserah pilihan anda)
Ayam
Daging (rebus terlebih dahulu)
Sotong
Udang
Bebola ikan (fishball)
Fish cake

Sayur:-
Kobis
Sawi
Lobak merah
Daun saleri
Daun sup/daun bawang
Cili merah

Lain-lain:-
Telur
Garam
Kiub ayam
Bancuhan tepung jagung atau tepung ubi

Bahan Tabur:-
Suhun (digoreng dan diramas2 serta letak dalam belas bertutup)
Cili api & kicap (jika suka pedas)
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng (jika perlu)

Caranya:-
1. Jika anda memilih untuk menggunakan daging, ada dua cara. Pertama boleh rebus daging terlebih dahulu (mungkin beberapa jam sebelum memasak) dan kemudian masukkan ke periuk yang lebih besar, tambahkan air. Selepas itu barulah dimasukkan bahan basah lain seperti ayam, atau sotong. Kedua terus rebus daging sampai separuh empuk dan tambahkan air panas, masukkan bahan basah yang lain.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila air telah panas, masukkan kue tiau yang sudah dibasuh. Kacau2 seketika dan angkat. Jangan sampai kue tiau terlalu lembik. Toskan kue tiau.
3.  Pukul beberapa biji telur dengan sedikit garam. Panaskan kuali, sapu2 minyak pada kuali dan letakkan sesenduk kecil telur. Angkat kuali dan layangkan telur supaya menjadi bentuk bulat. Masak telur dengan api kecil dan biarkan hingga masak. Angkat telur dengan berhati2.
4. Letakkan telur yang sudah dimasak di atas pinggan leper. Telur tersebut ditindih2 di atas telur yang telah masak sebelumnya.
5. Masukkan semua bahan basah dalam periuk. Masukkan air dan juga kisar. Bila kuah mula menggelegak, masukkan lobak merah. Masukkan pula daun saleri. Ketika ini baru masukkan udang supaya manis udang tidak hilang apabila terlalu lama di atas dapur.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi. Masukkannya ke dalam periuk dengan api dapur sederhana. Kacau kuah laju2 supaya tidak berketul2 (likat) tepung tersebut. Kuahnya biarkan sedikit pekat, jika masih cair, tambahkan lagi air bancuhan tepung.
7. Apabila kuah kembali menggelegak, masukkan pula telur dan kacau laju. Telur ini hanya optional, juga boleh untuk tidak menggunakan telur. Kacau laju2 apabila telur sudah dimasukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan fish cake dan fish ball. Masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.
9. Sewaktu membuat gulungan kue tiau, adakala telur yang dimasak tadi berlebih, gulung dan potong halus lalu dimasukkan ke dalam kuah.
10. Kecilkan api dan akhir sekali masukkan sayur sawi, kobis dan cili besar yang dihiris. Tutup api dapur supaya sayur tidak terlalu layu.
11. Untuk bahan tabur, panaskan minyak sehingga benar2 panas. Kemudian goreng suhun. Balikkan ke sebelah satu lagi dengan segera. Suhun yang telah siap digoreng, diangkat. Suhun yang sudah diramas2 kemudian dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
12. Cara menggulung kue tiau. Letakkan telur di atas pinggan leper atau di atas papan pemotong. Ambil sedikit kue tiau, dikepal sedikit dan gulung. Potong gulungan kue tiau kepada beberapa bahagian.
13. Letakkan kue tiau yang sudah dipotong di atas pinggan, tuangkan kuah ke atasnya. Tabur daun sup, daun bawang dan suhun. Jika suka pedas, letaklah cili kicap.

Cara membuat cili kicap:-
Kisar cili api dengan air masak. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata.

Kue Tiau Ayam

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm kue tiau
1 cekak kucai, kerat pendek
Taugeh secukupnya (lebih kurang 2 genggam, x letak sbb x suka taugeh)
1 keping dada ayam, didadu*
Sedikit lada sulah*
Sedikit garam*
(* disatukan, gaul rata dan perap)
1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos lada hitam
1 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dikacau sedikit
4 ulas bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecik dan kacau selalu. Tambah sos cili dan sos lada hitam, kacau rata. Tambah ayam dan masak hingga ayam empuk, jika perlu tambah sedikit air.
2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Gaul rata dan masukkan kicap pekat. Tambah sedikit sos ikan. Masukkan kue tiau dan gaul rata. Tambah taugeh dan kucai, kacau rata.
3. Masukkan tomato dan tambah sos ikan jika perlu. Kacau dan masak sekejap. Matikan api dan boleh dihias dengan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan.

Monday, 11 December 2017

Ikan Tenggiri Bunga Kantan

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
3 - 4 keping ikan tenggiri, cuci bersih*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/3 camca teh garam*
(* disatukan dan lumur rata2)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Cili padi sebagai hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Hancur :-
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai,hiris halus
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
3 biji tomato ceri @ 1/2 biji tomato biasa

Caranya:-
1. Ikan digoreng tapi jangan sampai garing, goreng embal2 sahaja. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar (kalau dapat jangan kisar halus sangat, atau boleh tumbuk lumat) hingga harum, gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, terus menumis hingga terbit minyak dan sambal garing.
3. Masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan dan ratakan. Hias dengan cili padi jika suka.

Pasta Shells Daging Cincang

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
100 gm spaghetti (Cik Na tukar pasta shells)
80 gm daging cincang (nak guna daging ayam pun boleh)
1 biji bawang holland, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji traffic light capsicum, didadu
5 biji black olive
5 biji green olive
Cincangan daun parlsey secukupnya
3/4 camca besar pes tomato
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu
Minyak zaitun untuk menumis

Caranya:-
1. Rebus spaghetti/shells hingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan. Tambah juga garam dalam air rebusan tadi. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, simpan 1/2 cawan air rebusan spaghetti/shells tadi. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sekejap, tambah daging cincang, kacau rata, biar daging kecut dan masukkan air rebusan spaghetti/shells tadi. Masak hingga pekat.
3. Tambah trafficlight capsicum dan black/green olive. Masuk spaghetti/shells dan gaul rata2. Tambah garam jika perlu dan masukkan cincangan parsley. Gaul lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

Sunday, 10 December 2017

Sambal Tumis Sotong

Sumber Resepi: Facebook/ Kongsi Resepi

Bahan:-
1 kg sotong sederhana besar (bersihkan)
1 batang serai (ketukkan)
1 labu bawang besar (mayangkan)
3 sb sos tomato
1/2 cawan minyak
1 sk gula
Garam

Bahan Mesin:-
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)

Caranya:-
1. Sotong dimasukkan dalam kuali dan tutupkan dengan tudung. Panaskan sekejap dan angkat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2  yang dikisar dan serai sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan sotong yang telah direbus juga bawang dan kacau lebih kurang 5 minit.

Saturday, 9 December 2017

Kek Marble Santan

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
4 biji telur
360 gm gula kastor
400 ml santan
400 gm tepung gandum - diayak
4 sudu teh baking powder - diayak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Pes pandan dan vanilla

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang 8 inci.
2. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan loyang dengan kertas kek.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang dan putih.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan santan berselang seli. Mulai dengan tepung dan akhirkan dengan tepung.
5. Gaul adunan rata. Bahagikan kepada 3 bahagian.
6. Letakkan pewarna hijau dan pes pandan ke dalam satu adunan. Letakkan pes vanilla ke dalam adunan kuning dan merah.
7. Tuangkan ke dalam loyang berselang seli.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga kek masak sempurna. Tunggu kek benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Apam Ice Cream Cornetto

Sumber Resepi: C&P Azlita @Masam Manis

Mula2 sediakan kelonsong atau kon. Pastikan ianya tidak terburai bila dikukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan tidak menitis keluar. Gunakan kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak.

Bahan:-
Adunan dapat banyak, kalau take nak banyak boleh buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose (boleh guna perasa berlainan untuk setiap warna)
Pewarna (3 warna berlainan)
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/coklat rice/coklat cip atau manik berwarna

Caranya:-
1. Pukul telur dengan gula hingga putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7
minit. * Tambahkan 1 sudu ovallate jika nak adunan apam yang lembut.
2. Masukkan tepung yang dah diayak. Kaup balik rata.
3. Tambahkan air ais krim soda dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan.
5. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
6. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.
7. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang. Pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
8. Guna semua bekas pengukus. Bekas bawah letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.
9. Tuang adunan selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
10. Kemudian tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah ditutup. Pastikan tutup kukusan dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.
11. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
12. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk. Jangan buka kon sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
13. Sebelum kita cairkan coklat, panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak ditaburkan tadi. Boleh gunakan apa2 saja kacang. Nak letak coklat rice atau coklat cip pun boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh.
14. Until memanggang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit.
15. Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah nak gunakan dark coklat atau milk coklat. Terpulang pada citarasa masing2.
16. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu jangan buka kon dahulu sebab nanti akan curah coklat).
17. Kemudian taburkan pula kacang yang dah dipanggang tadi. Kacang tu ditumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji2 pun ok. Cik Na taburkan colour rice.
18. Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap je hingga coklat keras.
  

Monday, 4 December 2017

Char Kue Tiau (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 genggam kue tiau
1 genggam taugeh, dibuang ekor (x letak sbb x suka)
1/2 genggam kucai, kerat pendek
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan (x letak sbb x da)
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 batang fishcake, hiris
1 genggam isi kerang (x makan kerang so tukar udang)
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap manis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
Sos ikan (jika perlu)
Hirisan cili hijau, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili garing.
2. Masukkan kerang/udang, tauhu, fishcake, kacau rata dan tambah kicap pekat dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan kue tiau, gaul rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur, biar mengeras sedikit, kemudian gaul rata.
4. Masukkan taugeh dan kucai, kacau lagi dan rasa jika kurang masin tambah sedikit sos ikan.
5. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan cili hijau dan juga limau kasturi sebelum dihidangkan.