Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen
Bahan:-
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sudu besar) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 batang serai - potong2
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam
Caranya:-
1. Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar. Tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar.
2. Goreng sehingga cili betul2 masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.
4. Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Cik Na bakar guna oven. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.
5. Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat. Kalau mahu banyak sambal gandakan bahan2.
6. Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment