Sunday 7 May 2017

Nasi Ayam Umi

Sumber Resepi: Facebook/Rafiza Idayu

Tips bagaimana hendak membuat ayam juicy.

1. Masak air hingga mendidih.
2. Dah mendidih baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke nak potong 4 ke atau ayam sekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. Kalau ayam sekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit.
4. Api mesti besar.

Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.

* Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air banyak hingga tenggelam ayam.

Rendam beras dengan kunyit dalam  15 minit dan toskan. Memadai 1 sudu kecil serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning krim sahaja. Warna pastel menampakkan hidangan kelihatan mewah.

Tips penting:-

Lemak ayam sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam. Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam. Jangan buang, ambil lemak untuk digunakan dalam proses seterusnya..

Bahan Utama:-
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (optional)
Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit

Caranya:-
1. Panaskan lemak ayam dalam rice cooker atau periuk. Tutup.
2. Biarkan sampai lemak bertukar menjadi minyak.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras. Pastikan ingat sukatan beras banyak mana sebab air nanti akan dimasukkan sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
6. Masukkan beras dan masak sebentar.
7. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.
8. Air ngam ngam sebab beras dah kembang masa direndam.
9. Pindahkan ke rice cooker.

Bahan Perapan Ayam:-
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan - optional
Sedikit lada sulah
**tak letak garam tapi kalau nak masin sedikit letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

Caranya:-
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi.
3. Perap dalam 15 minit dan boleh la digoreng.
4. Terpulang sama ada nak menggoreng atau gril dalam oven atau panggang atas arang.
5. Apabila minyak betul2 panas masukkan ayam.
6. Tengok buih dalam minyak bermaksud api betul2 panas..
7. Masak dalam 5 ke 7 miniy sahaja. Tidak terlalu garing. Tapi cik na goreng garing sbb x suka ayam lembik.

Resepi Sambal Nasi Ayam:-
6 biji lada merah - Cik Na tambah sikit cili api nak lagi pedas
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia - anggaran 1 ruas jari kelingking
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam - 3/4 cawan /200 ml
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (Cik Na lagi suka tanpa tepung jagung)

Caranya:-
1. Blender semua bahan.
2. Masukkan air rebusan tadi.
*Tips: Bawang putih, lada dan halia mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji nanti tidak hancur.
3. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
4. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

No comments:

Post a Comment