Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen
Bahan:-
Untuk Inti Pai (filing):
1 cawan isi ayam ~ hiris nipis (Cik Na guna ayam kisar)
1 cawan cendawan butang ~ hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin kecil kacang pis
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 biji kentang ~ dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
Untuk Pastri:
100 gm tepung gandum
50 gm mentega
Secubit garam
2 cmb air
Cik Na guna roti pratha jenama Kawan mcm Kak Azie
Caranya:-
1. Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
3. Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
5. Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
6. Tuangkan isi pai yang dimasak tadi ke atas base pai.
7. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakkan di atas isi pai sebagai lapisan atas.
8. Sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan 2 sk air untuk mengilatkannya.
9. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200°C.
No comments:
Post a Comment