Tuesday, 14 March 2017

Ikan Goreng Berlada

Sumber Resepi:  Majalah Harmoni 1 October 2011

Bahan:-
1 kg ikan atau isi ikan merah ~ digoreng
70 gm bawang merah ~ dikisar
40 gm halia ~ dikisar
20 gm bawang putih ~ dikisar
3 batang serai ~ dititik
30 ml asam jawa
10 gm belacan
30 gm cili merah ~ dikisar (Cik Na tambah cili padi nak lagi pedas)
20 gm gula (x suka letak gula)
15 gm garam

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan sehingga berbau harum.
2. Masukkan cili, biarkan sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Setelah pekat, tuangkan di atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan bersama bawang besar yang dipotong bulat.

No comments:

Post a Comment