Sumber Resepi: Facebook/Rafiza Idayu
Bahan:-
Roti Paratha Segera brand Fatihah~ frozen (Cik Na guna Jenama Kawan)
Sos Spaghetti segera brand Kimball (Cik Na guna jenama Prego)
Sosej (Cik Na tukar papperoni)
Nenas (tukar capscicum)
Bawang holland (dipotong dadu)
Keju mozarella
Caranya:-
1. Kita ikut style Domino's pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
2. Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.
3. Keluarkan base pizza. Ini ngelat namanya. Tak apalah, zaman sekarang nak mudah tapi nak nampak hebat hasilnya.
4. Keluarkan plastik lapik roti paratha. Tanggalkan ketika masih beku sebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.
5. Kemudian paratha disusun atas loyang. Sapu sos spaghetti ke atasnya.
6. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170°C api atas bawah.
7. Kemudian letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.
8. Susun sosej/papperoni di atas lapisan mozarella. Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu sehingga separa masak.
9. Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.
10. Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese. Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.
11. Masukkan dalam oven. Letak di tengah2 menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment