Thursday 2 March 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira:-
3/4 cawan gula Melaka ~ di hiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Caranya:-
1. Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
2. Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
3. Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
4. Buat hingga habis adunan
5. Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat
6. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk
7. Dalam kuali yang bersih satukan bahan sira
8. Masak hingga gula pekat
9. Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria

Nota: Untuk membuat keria sebaiknya pilih keledek putih, kerana ia kurang serap air dan mudah untuk dibentuk. Jika guna keledek oren atau ungu, jangan kupas kulitnya. Kukus atau rebus bersama kulit supaya ia tidak serap air. Bila dah empuk, barulah diangkat, sejukkan dan kupas kulitnya.

No comments:

Post a Comment