Monday, 28 August 2017

Ayam Sos Siam

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai*
4 ulas bawang putih*
(* ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
Sedikit gula (optional)
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit

Caranya:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. Cik Na x letak garam mcm Kak Ummi, cukup yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi)
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Aglio Olio (Resepi II)

Sumber Resepi: Buku Ketuk-Ketuk Ramadhan (Sazzy Falak)

Bahan:-
Shitake button (cendawan) - x letak
Yellow capsicum (Cik Na tambah red & green capsicum)
Cili merah
Angle hair pasta
Garam
Lada hitam (ditumbuk)
Mixed herbs
Thyme leaves spice
Tomato cherry - x letak
Broccoli - x da
Bawang besar (dipotong dadu)
5 biji bawang putih (dicincang)
Mozarella cheese (dicincang)
Extra virgin olive oil
Oregano leaves
Chicken seasoning

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, mixed herbs, thyme leaves spice, garam dan sedikit oregano leaves serta chicken seasoning.
2. Masukkan cili merah, capsicum kuning, hijau dan merah serta cendawan. Kacau.
3. Masukkan angle hair pasta dan gaul. Akhir sekali hidangkan bersama mozarella cheese dan tomato cherry.

Tuesday, 22 August 2017

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
1/4 ekor ayam (garam kunyit, goreng & ketepikan)
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cili padi
1 atau 2 keping asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 batang serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menggoreng
Garam gula/gula merah (jika suka)

Caranya:-
1. Blend (tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah, halia, bawang putih, cili padi, lada merah & belacan.
2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit je gula merah.
4. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai.
5. Goreng sampai naik bau. Kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar. Gaul sehingga bawang layu dan boleh padamkan api.

Wednesday, 16 August 2017

Daging Sambal Hijau

Sumber Resepi: Majalah Seri Dewi & Keluarga

Bahan:-
400 gm daging muda ~ dihiris nipis & diketuk lembut
10 tangkai cili hijau*
5 tangkai cili padi*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
(*digoreng hingga layu & ditumbuk bersama jintan manis)
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang serai ~ diketuk
Sehelai daun kunyit
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh gula perang (x letak)
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak

Caranya:-
1. Perap daging bersama garam, sos tiram dan lada sulah selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng daging hingga keperangan. Ketepikan.
3. Menggunakan kuali sama, masukkan sedikit minyak dan bahan kisar. Biarkan hingga naik bau.
4. Masukkan serai yang diketuk, daging, bawang besar, daun kunyit, gula perang dan air. Didihkan hingga semua bahan sebati.
5. Tambahkan lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan hingga masak.

Sunday, 13 August 2017

Udang Masala

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
500 gm udang
3 tangkai daun kari
1/2 cawan yogurt asli
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
6 biji bawang merah (tumbuk kasar)

Bahan Yang Dikisar:-
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu lada putih
1 sudu teh kunyit serbuk

Caranya:-
1. Tumiskan bahan yang dikisar, bawang merah dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata (tambah air jika perlu).
3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan.

Saturday, 12 August 2017

Ayam Masak Pedas

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 kg ayam (Cik Na goreng dulu ayam ni)
2 batang serai
Sedikit lengkuas - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 biji bawang besar - kisar
15 tangkai cili kering - kisar (ikut citarasa pedas)
Sedikit cuka/air asam jawa
4 - 5 sudu besar gula
Garam
Sedikit air (jika perlu)
4 sudu besar sedikit kicap

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar, kacau sekejap.
2. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air.
3. Masak ayam hingga mendidih dan naik bau.
4. Masukkan air asam jawa/cuka, gula, garam dan kicap.
5. Kacau dan biarkan mendidih lagi dan kuah pekat.
6. Perlahankan api dan reneh sedikit lagi. Tutup api.

Wednesday, 9 August 2017

Sotong Masak Kunyit Berempah

Sumber Resepi: C&P @ denuanza.blogspot.com

Bahan:-
4 ekor sotong saiz besar - potong ikut suka hati
1 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk rempah kurma (satukan dengan bahan2 tumbuk)
Sedikit kunyit hidup - tumbuk (boleh gantikan dengan serbuk kunyit kalau x da)
Cili api/cili merah
Daun bawang

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Masukkan bahan2 tumbuk hingga agak garing.
3. Masukkan sotong.
4. Tambah sedikit air kalau nak berkuah.
5. Perasakan dengan garam.
6. Akhir sekali masukkan cili dan daun bawang.

Saturday, 5 August 2017

Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
125 gm dark chocolate, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor (cuma 115 gm jer)
2 biji telur, dipukul ringan
155 gm susu cair/susu segar
1/2 sdt esen vanilla

Caranya:-
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit Dan esen vanilla. Pukul lagi.
4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan dark chocolate yang telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
7. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping. (Tak minat bubuh sebab kek dengan sendirinya dah cukup sedap).

Muffin Strawberry

Sumber Resepi: C&P Mas @ Dapur Mas

Bahan:-
125 gm tepung gandum - ayak dengan baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar (Cik Na guna susu perisa strawberry)
75 gm gula caster
1 biji telur B
2 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh pes strawberry
Buah strawberry secukupnya utk diletak atas muffin (x da strawberry so ganti dgn white choc chips)

Caranya:-
1. Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
3. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
4. Letakkan buah strawberry yang dipotong2/white choc chips di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit atau sehingga masak.

Tuesday, 1 August 2017

Nasi Goreng Cili Api (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Saljuarissa.Com

Bahan:-
Nasi mengikut kuantiti yang diinginkan
Sedikit isi ayam samada yang telah digoreng atau tidak
Bawang putih ~ cincang halus
Bawang merah ~ hiris halus
Sedikit cili api mengikut kepedasan yang diinginkan ~ hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Kacau dan tunggu sehingga naik bau dan warna again kekuningan.
2. Masukkan cili api. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan sos tiram. Goreng sehingga semua bahan sebati.
4. Kemudian masukkan nasi dan Goreng sebati. 
5. Buat lubang di bahagian tengah. Masukkan telur.
6. Biar sebentar sehingga telur agak masak.
7. Akhir sekali kacau sehingga semua bahan sebati.