Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku
Bahan:-
500 gm ayam (potong kecil dan basuh bersih)
3 sb sos tiram*
1/2 cawan air*
1 sk tepung jagung*
1 sk serbuk lada hitam*
(* bancuh)
1 pokok daun bawang (potong pendek) - x letak sbb x da
1 biji tomato (belah 4)-ganti dengan tomato cherry
1/2 batang carrot (potong kecil)
Minyak
Garam dan sedikit gula
Bahan Hiris:-
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air dan tutup.
3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung,serbuk lada hitam dan sos tiram. Biarkan hingga pekat.
5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau rata dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment