Sunday, 29 November 2015

Fusilli Spicy Olio

Sumber Resepi: Facebook/Aisha Shukor

Bahan:-
250gm minced beef
Bawang putih
Sebiji bawang holland
Satu paket sosej (x letak sebab x da)
Capsicum traffic light (kuning x da)
Chili flakes
Corse black pepper (lada hitam halus bukan yang serbuk)
Brocoli (x da so x letak)
Carrot
Boleh guna spiral pasta tp cik na guna fusilli

Caranya:-
1. Rebus pasta. Letak satu sudu kecil garam dan sedikit olive oil. Toskan.
2. Cincang segiempat bawang, capsicum dan carrot.
3. Panaskan olive oil dalam 5 sudu besar. Goreng minced beef separuh paket atau 250gm. Kacau laju supaya tak berketul.
4. Setelah garing lebur semua bahan cincang.
5. Bila naik bau letak dua sudu chili flakes.
6. Letak satu sudu lada hitam kasar dan garam secukup rasa.
7. Masukkan sosej dan masak dalam 5 minit.
8. Masukkan brocolli. Jangan letak air, masak dalam beberapa minit. Jangan lama nanti lembik sangat.
9. Akhir sekali masukkan pasta yang direbus dan ditos tadi.
10. Masak dalam 5 minit lagi.

No comments:

Post a Comment