Sunday, 29 November 2015

Pengat Pisang

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
2 biji pisang tanduk, dipotong sederhana tebal
2 helai daun pandan, disimpul
2 1/2 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
500ml air
500ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/3 cawan gula pasir (*dimasak hingga larut dan tapis tapi kalau x letak gula pasir pun x pe sebab gula melaka dan cukup manis)

Caranya:-
1. Satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tambah biji sagu. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
2. Bila biji sagu kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan.
3. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa jika ok boleh matikan api.

No comments:

Post a Comment