Sunday, 1 November 2015

Pavlova

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
4 biji putih telur
1 cawan gula castor (boleh kurangkan 3/4 cawan mcm kak ita)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan

Caranya:-
1. Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
2. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8 inci.
3. Terbalik kan kertas. Kalau ada ring bulat pun boleh juga gunakan.
4. Panaskan oven dengan api bawah 170C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120 - 100C.
5. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
6. Masukkan gula sedikit2 dan terus pukul hingga kental.
7. Satukan tepung jagung, esen vanilla dan cuka dalam bekas kecil.
8. Kacau rata hingga semua bahan larut.
9. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10. Letakkan adunan atas baking paper yang telah dibuat bulatan tadi. Ratakan.
11. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
12. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100 selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
13. Tutup oven dan  biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan:-
Wipping cream
Strawberry
Blueberry
Kiwi-x letak
Markisa-pun x letak
1.  Whipping cream dipukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
2. Letakkan atas pavlova tadi
3. Hiaskan dengan buah2an segar.
4. Akhir sekali taburkan markisa.

No comments:

Post a Comment