Sumber Resepi: Faizdickie Instagram
Bahan:-
Ikan kembong
3 biji cili hijau (x da cili hijau Cik Na guna cili merah)
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Pati ikan bilis
Limau nipis
Daun ketumbar (x letak)
Caranya:-
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng garing.
2. Rebus cili hijau sehingga lembut dan toskan.
3. Potong bawang putih dan merah (potong bentuk dadu) dan cili padi. Tumis bahan2 ini. Sewaktu menumis campakkan pati ikan bilis.
4. Masukkan sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalam tumisan bawang dan cili.
5. Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam blender bersama cili hijau yang direbus tadi. Blend kasar2.
6. Tuang bahan tadi ke dalam kuali dan tumis sekejap. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
No comments:
Post a Comment