Saturday, 27 May 2017

Marmer Chiffon Cake

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan A:-
6 biji kuning telur
50 gm gula castor
1/4 sudu teh garam
4 sudu besar minyak sayuran/minyak Mazola
70 gm Starwberry Fresh Milk

Bahan B:-
110 gm tepung kek
(Kalau x da tepung kek guna tepung gandum dan tambah 1/2 sudu teh baking powder)

Bahan C:-
6 biji putih telur
100 gm gula castor
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan D:-
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh coklat emulco + 1 sudu besar coco powder + 1 sudu besar air panas

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
2. Bancuhkan bahan A hingga sebati. Masukkan B dan gaul hingga sempurna. 3. Pukul putih telur C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan krim of tartar. Pukul lagi hingga kental (kalau angkat pemukul ia seperti bertanduk - meringue).
4. Ambil 1/4 bahagian meringue dan gaulkan dengan adunan kuning telur Dr langkah 2 dengan kaedah kaup balik dan sebatikan hingga rata. Masukkan semua baki meringue dan gaulkan adunan dengan rata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan strawberry emulco dan kaup balik hingga rata. Manakala satu bahagian lagi dicampurkan coklat emulco dan serbuk koko dan kaup balik hingga sempurna.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek angle food 22 cm atau 9 inci (take perlu gris dengan butter) secara berselang seli. Bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit atau hingga masak.
7. Keluarkan kek dari ketuhar setelah masak dan terbalikkan dan biarkan sejuk.
8. Sisip tepi acuan dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawah acuan. Tanggalkan dr acuan dan bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Thursday, 25 May 2017

Donat Mini

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
*15 biji donat mini
200 gm tepung roti
20 gm gula
1/2 tsp garam
1 tsp yis kering
140 ml susu segar
20 gm butter
Minyak masak untuk menggoreng
Powder sugar/gula aising - untuk tabur

Caranya:-
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah2 dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3. Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6. Buat finger test untuk uji doh dah naik me tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donat kecil (mini). X da acuan mini, so guna je acuan bunga.
8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga 1 1/2 kali ganda lagi.
9. Panaskan minyak, goreng di atas API sederhana hingga keperangan kedua2 bahagian.
10. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donat betul2 sejuk sebelum disalut aising. Boleh juga dibuat aising donat seperti di bawah.

Aising Donat:-
4 sudu besar gula aising - ayak
1/2 sudu besar air

Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donat dan taburkan kekacang atau hundred thousands.

Tuesday, 23 May 2017

Gulai Udang

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
800gm - 1kg udang galah (Cik Na guna udang besar)
2 keping tempe (x letak)
7-8 tangkai kacang panjang
3 helai daun kunyit, disiat2
300 ml pati santan
1 liter santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering, kerat2 dan rendam dalam air panas, toskan
1 camca besar ikan bilis
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Caranya:-
1. Udang dikerat kaki dan juga bahagian tajam, buang kotoran di kepala udang, cuci hingga bersih dan toskan. Tempe dipotong kiub sederhana besar. Kacang panjang, dikerat 2 inci panjang, cuci dan toakan. Ketepikan.
2. Dalam periuk, tuang sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan udang dan asam gelugor, gaul rata dan masak hingga udang kecut. Tuang santan cair, biar mendidih.
3. Masukkan tempe dan pati santan, bila mendidih tambah kacang panjang. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala.
4. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sunday, 21 May 2017

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sudu besar) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 batang serai - potong2
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam

Caranya:-
1. Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar. Tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar.
2. Goreng sehingga cili betul2 masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.
4. Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Cik Na bakar guna oven. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.
5. Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat. Kalau mahu banyak sambal gandakan bahan2.
6. Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.

Monday, 15 May 2017

Kue Tiau Sambal Gila

Bahan:-
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sotong atau apa2 je rencah (bersihkan dan potong kecil)
2 sudu sambal gila Betty's Kitchen (boleh beli direct from @bettys_kitchen ig atau agent2 bettys_kitchen)
3 tangkai daun kucai (dipotong satu inci)
4 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Sebungkus kue tiau

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan sotong atau apa2 rencah (ayam/udang/daging).
3. Masukkan dua sudu sambal gila betty, sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan kue tiau dan kucai. Kacau hingga semua mesra.
5. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam.

Ikan Masak Ala Jawa

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
4 ketul ikan (Cik Na mcm guna 3 keping ikan tenggiri) ~ goreng dulu dan ketepikan
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
3 batang serai ~ diketuk
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
Garam

Caranya:-
1. Kisar cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumis serai sekejap dalam 5 - 10 saat.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan santan, garam dan asam gelugor.
5. Kacau hingga kuah agak pekat dan naik minyak.
6. Masukkan ikan, gaul sebati dan seimbangkan rasa. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, 10 May 2017

Mee Bandung (Resepi II)

Sumber Resepi: Buku Koleksi Resepi Artis-Artis Popular (Linda Rafar)

Bahan:-
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Daun bawang
Udang kering
1/2 kg daging lembu
1/4 kg udang
1 kg mee kuning
Cili kisar (Cik Na buat separuh dr resepi..jadi letak dalam 2 sudu)
2 keping tauhu goreng (x letak)
2 biji tomato
2 biji telur (x letak jugak)
1/4 botol sos tomato (Cik Na tambah sos cili)

Caranya:-
1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan cili kisar bila bawang kenuning-kuningan.
3. Bila cili sudah agak masak,masukkan daging dan udang kering yang telah dikisar.
4. Tuang air secukupnya.
5. Bila daging empuk, masukkan udang dan sos tomato.
6. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuah.
7. Daun bawang boleh ditabur dlm kuah atau ketika menghidang. Cik Na x letak daun bawang tapi ganti dengan kubis dan sawi.
8. Tuang kuah di atas mee yang telah dicelur.

Monday, 8 May 2017

Ikan Bersambal Pekat

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 keping ikan merah/atau apa2 jenis ikan (Cik Na guna ikan tenggiri)
3 sudu besar cili kering kisar (tengok tahap kepedasan cili)
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 inci belacan bakar - dikisar
1 biji buah keras
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga embal2/lembap saja. Cik Na suka garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan serai. Masak dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan air jika perlu.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan, balik2kan biar mesra dan seimbangkan .

Kek Cawan Coklat

Sumber Resepi: Buku Kek Cawan Lynn Hassan

Bahan:-
110 gm mentega dalam tin/marjerin
100 gm gula kastor
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan susu segar

Caranya:-
1. Ayak tepung naik sendiri dengan serbok koko, ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula kastor sampai sebati. Masukkan telur satu per satu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi berselang-seli dengan susu segar.
4. Timbang adunan pada setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 55gm. Bakar dengan suhu 170°C selama.23 minit.

Sunday, 7 May 2017

Nasi Ayam Umi

Sumber Resepi: Facebook/Rafiza Idayu

Tips bagaimana hendak membuat ayam juicy.

1. Masak air hingga mendidih.
2. Dah mendidih baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke nak potong 4 ke atau ayam sekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. Kalau ayam sekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit.
4. Api mesti besar.

Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.

* Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air banyak hingga tenggelam ayam.

Rendam beras dengan kunyit dalam  15 minit dan toskan. Memadai 1 sudu kecil serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning krim sahaja. Warna pastel menampakkan hidangan kelihatan mewah.

Tips penting:-

Lemak ayam sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam. Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam. Jangan buang, ambil lemak untuk digunakan dalam proses seterusnya..

Bahan Utama:-
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (optional)
Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit

Caranya:-
1. Panaskan lemak ayam dalam rice cooker atau periuk. Tutup.
2. Biarkan sampai lemak bertukar menjadi minyak.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras. Pastikan ingat sukatan beras banyak mana sebab air nanti akan dimasukkan sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
6. Masukkan beras dan masak sebentar.
7. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.
8. Air ngam ngam sebab beras dah kembang masa direndam.
9. Pindahkan ke rice cooker.

Bahan Perapan Ayam:-
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan - optional
Sedikit lada sulah
**tak letak garam tapi kalau nak masin sedikit letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

Caranya:-
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi.
3. Perap dalam 15 minit dan boleh la digoreng.
4. Terpulang sama ada nak menggoreng atau gril dalam oven atau panggang atas arang.
5. Apabila minyak betul2 panas masukkan ayam.
6. Tengok buih dalam minyak bermaksud api betul2 panas..
7. Masak dalam 5 ke 7 miniy sahaja. Tidak terlalu garing. Tapi cik na goreng garing sbb x suka ayam lembik.

Resepi Sambal Nasi Ayam:-
6 biji lada merah - Cik Na tambah sikit cili api nak lagi pedas
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia - anggaran 1 ruas jari kelingking
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam - 3/4 cawan /200 ml
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (Cik Na lagi suka tanpa tepung jagung)

Caranya:-
1. Blender semua bahan.
2. Masukkan air rebusan tadi.
*Tips: Bawang putih, lada dan halia mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji nanti tidak hancur.
3. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
4. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Thursday, 4 May 2017

Ayam Buttermilk

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
Ayam (untuk 4 orang makan ~ ayam tu potong kecik2)
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak ~ lebihkan susu cair)
3 sudu butter
Daun kari
3 biji bawang merah (hiris atau potong dadu)
1 biji bawang putih (ketuk2 je)
6 biji cili api hijau
Minyak untuk goreng ayam

Caranya:-
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dab sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
2. Goreng ayam sehingga masak. Dah masak ayam, panaskan kuali dan masukkan butter.
3. Bila butter cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
4. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
5. Biarkan susu cair mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
6. Kalau suka dan nak kuah ayam pekat, masak lama sikit supaya kuahnya pekat.

Tuesday, 2 May 2017

Nasi Goreng Cili Api

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
8 cawan nasi
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 tin ikan sardin ~ ambil isi saja dan hancur kasar-kasar (Cik Na x suka sardin buat nasi goreng..so ganti dengan ayam dipotong kecil2)
Sedikit kacang buncis (boleh gunakan sayur lain..Cik Na guna kobis)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Ditumbuk Halus:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
15 cili api kampung (kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.
2. Masukkan isi ikan sardin (ayam) dan kacau semua bahan menjadi rata. Kalau guna ayam biarkan seketika sampai masak.
3. Seterusnya masukkan nasi serta sayur buncis (kobis) dan terus kacau. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau sehingga semua bahan mesra dan nasi menjadi agak kering dan bolehlah ditutup api dapur.

Monday, 1 May 2017

Perapan Ayam/Daging Bakar

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan:-
Ayam/daging (ikut suka banyak mana)
**boleh perap banyak sekali..simpan..nak guna ambik je
** tapi resepi ni untuk 6 ketul ayam lebih kurang
Garam
Gula
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1sudu besar lada hitam yang telah dikisar (kalau nak lebih tambah la)

Bahan Kisar:-
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sebatang serai
1 inci lebih kurang lengkuas

Caranya:-
1. Blend bahan kisar dengan sedikit air, supaya betul2 salut pada ayam atau daging tu.
2. Kemudian, gaulkan bahan kisar tadi dengan garam dan gula secukup rasa, sos tiram, sos cili dan lada hitam.
3. Gaulkan dalam mangkuk yang berisi ayam, biarkan seketika. Lagi lama lagi best.