Sunday, 31 January 2021

Ikan 3 Rasa


Sumber Resepi: Majalah Rasa

Bahan:-
1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain

Bahan Kuah:-
2 sudu makan cili kisar
Sos cili 
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Jus limau
2-3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar @ bawang holland - potong dadu
1/4 biji nenas segar - potong dadu (jika kecil guna 1/2 biji)
1 biji tomato - potong dadu
10 biji cili padi - potong
1 batang serai - hiris
Daun ketumbar - hiasan
Sedikit air
Garam, gula dan perasa
Minyak masak

Caranya:-
1. Bersihkan ikan bawal. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.
3. Tumis bawang putih, cili kering dan semua sos diatas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.
4. Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nenas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.
7. Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

*Tips - Sebaiknya guna nenas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.

Saturday, 30 January 2021

Kuew Tiaw Goreng


Kuew Tiaw Udang (resepi asal pakai kerang tapi sis x makan kerang)
Sumber Resepi: Yatie Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1 bungkus kuew tiaw
1/2kg kerang segar
1/2kg udang segar
3 genggam taugeh (jika suka)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 biji telur
1 sudu besar sos seafood
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air pes udang 
4 tangkai daun kucai
2 sudu besar sos cili
6 sudu besar kicap manis

Caranya:-
1. Kisar halus bawang besar dan bawang putih. 
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus, apabila garing, masukkan cili yang telah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos seafood, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati sampai pecah minyak.
4. Setelah bahan tumis tadi garing masukkan udang yang telah dikupas.
5. Masukkan pes air udang, biarkan minyak garing dan masukkan kuew tiaw. Kacau sebati.
6. Pecahkan telur, masukkan daun kucai dan kicap manis. 
7. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus dan dikupas.
8. Gaul sebati dan boleh dihidangkan bersama cili jeruk.

* Tips:-
📍Boleh tambah taugeh jika suka
📍Pes air udang menyedapkan kuew tiaw. Jangan ditambah garam dalam masakan ini.

Friday, 29 January 2021

Udang Khamped


Sumber Resepi: Facebook/Ilham Resepi

Bahan:-
1 kg udang (seeloknya udang besar atau udang galah, garam kunyitkan dan goreng sekejap)

Blend Halus:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)

2 sudu cili kisar
1 sudu pes tom yam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan

Bahan Perasa:-
Garam 
Gula
Gula merah (sis x letak pun yg ni)

Bahan Hiasan:-
Daun limau purut

Caranya:-
1. Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos ikan. Masak hingga mendidih.
4. Jika kering masukkan air.
5. Masukkan udang gaul2 hingga sebati. 
6. Perasakan dan tabur daun limau purut.

Sunday, 19 July 2020

Udang Masam Manis


Sumber Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
5 ekor udang besar (udang harimau, sis guna udang biasa je)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong 4)
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B (Bagi Menumis) - Dihiris:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Caranya:-
1. Gaulkan udang dengan garam dan gorengkan. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kemudian kacau rata.
4. Tutupkan api dan hidangkan.

Sunday, 28 June 2020

Dark Chocolate Chunk Blondies Bars


Sumber Resepi: Instagram @danishharraz #ResepiDanishHarraz

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan (1/2 buku) salted butter, dicairkan
1/2 cawan brown sugar (jika suka sedikit manis boleh tambah 2 sudu besar lagi. Tahap manis juga bergantung pada jenis coklat yang digunakan)
1 biji telur dan 1 biji lagi kuning telur sahaja, Gred A
1 sudu teh vanilla extract
1 cawan dark chocolate chunk/dark baking chocolate yang dicincang (bila masukkan choc chunk dalam adunan ketepikan sedikit untuk ditabur di atas adunan sebelum dibakar)

Caranya:-
1. Gaul melted butter dengan brown sugar, cukup sekata sahaja, tak perlu lama atau hingga larut. Jangan overmix semua bahan.
2. Masukkan 1 biji telur dan 1 biji kuning telur, esen vanilla dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kaup balikkan saja jangan over mix.
4. Masukkan chocolate chunk, boleh juga ditambah kekacang jika suka. Jangan kacau lama sangat. Taburkan sedikit choc chunk di atas adunan. 
5. Guna dark chocolate yang lebih kandungan koko supaya hasil blondies bars kita just nice manisnya.
6. Guna baking tray 8 x 8. Blondies bar ini tak tinggi kerana tiada 
serbuk penaik jadi jika guna tray yang lebih besar, bars akan menjadi nipis. Boleh doublekan adunan dan bakar dalam tray 9 x 12.
7. Bakar pada suhu 170'C selama 30 minit (ini bergantung pada jenis dan suhu oven masing-masing) dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Jangan terlebih bakar nanti blondies jadi kering.
8. Biarkan sejuk sebentar dan kemudian keluarkan dari baking tray dan biarkan sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. 
Blondies ini lebih sedap dimakan selepas disimpan semalaman.

Monday, 8 June 2020

Kari Ikan Senangin



Sumber Resepi: C&P Blogger Cik Matahariku

Bahan:-
Ikan senangin saiz sederhana (potong saiz kecil)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup/serbuk kunyit 1 sudu teh
(semua di atas ditumbuk kecuali ikan/blend kasar)

5 sudu makan rempah kari
2 susu makan cili kering blend
2 keping asam keping (kalau besar 1 je dah cukup)
2 ulas bawang merah - dihiris
Satu genggam daun kari
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (1 set)
Satu kotak santan kara/harmoni
Air yang secukupnya
Minyak yang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak yang secukupnya dalam periuk. Masukkan bawang merah yang dihiris, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Biarkan sekejap sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk/diblend kasar.
3. Masukkan cili kering blend, serbuk kari dan air dalam setengah cawan.
4. Kacau bahan di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga terbit minyak. Biarkan api kecil sahaja. Antara tips masak kari supaya sedap ialah pastikan masa masak tu, biarkan bahan-bahan yang ditumis bersama serbuk kari itu sehingga terbit minyak dengan api perlahan. 
5. Bila kari dah terbit minyak,masukkan ikan senangin dan biarkan sekejap. Kacau perlahan bagi sebati dengan bahan-bahan masakan tadi. Masa ni jangan terus masukkan air atau santan.
6. Agak-agak dalam 2-3 minit, masukkan satu cawan air. Kacau perlahan lagi, biar air mendidih baru masukkan santan. Kalau masa ni nak masukkan santan cair pun boleh, tapi kalau guna santan kotak masukkan akhir sekali. Satu lagi tips kalau masak ikan ialah, bila mata ikan dah tersembul keluar tu maknanya ikan dah masak. Kalau bukan kepala ikan, tekan sikit isi ikan dengan sudip kalau terbenam maknanya ikan dah masak.
7. Masukkan santan. Masukkan juga asam keping. Kalau guna santan kotak jangan risau kuah kari jarang berketul-ketul.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.


Sambal Ketam


Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
4 ekor ketam segar (belah 2)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
1 sudu pes asam jawa Adabi
8 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil mushroom seasoning
1/2 buku gula melaka

Caranya:-
1. Goreng ketam yang dilumurkan dengan serbuk kunyit. Ketepikan dan toskan minyak.
2. Kisar halus bawang besar dan bawang putih. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Ulangi langkah yang sama sebanyak 5 kali. Kemudian masukkan gula melaka, pes asam jawa. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.

Sunday, 17 May 2020

Sotong Goreng Tepung Cili Padi


Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1/2 kg sotong (dipotong kecil)
1 kotak tepung goreng serbaguna Adabi
2 biji telur
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sunflower
10 biji cili padi hijau dan merah
1 sudu kecil lada putih halus
5 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Gaulkan sotong dengan tepung goreng serbaguna. Ketepikan dan perap selama setengah jam, celup telur, kemudian celup tepung - 3 kali.
2. Panaskan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng. Masukkan sotong yang telah diperap tadi ke dalam kuali. Angkat apabila sudah garing ketepikan dan toskan minyak.
3. Masukkan marjerin bersama minyak sunflower ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan cili padi yang telah dipotong hingga garing. Selepas itu, tuangkan sotong yang sudah digoreng, gaul sehingga sebati. 
4. Taburkan lada putih. Tutup api dan gaul rata. 

* Jangan biarkan sotong terlalu basah sebelum dimasukkan ke dalam tepung dan jangan goreng terlalu lama takut nanti sotong akan kecut.



Asam Pedas Hijau


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 ekor ikan besar (kerat 3) - sis guna ikan senangin 
1/4 cawan air asam jawa
3 cawan air
1/2 biji timun - belah dua dan buang bahagian tengah
2 kuntum bunga kantan - belah dua
Secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau
2 tangkai cili besar hijau
1/2 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 cm kunyit hidup muda - jangan guna yang kuning tua, nanti jadi kuning pulak kuahnya

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
3. Masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Saturday, 16 May 2020

Cucur Udang Rangup


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai dipotong memanjang
Lobak merah disagat
1 biji cili merah dihiris nipis

Caranya:-
1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati. Perap 1/2 jam.
2. Panaskan senduk yang hendak digunakan. Letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor. 
3. Agak dah tak melekat di senduk keluarkan. Goreng hingga garing. Toskan minyak.

Sos 

Bahan:-
5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.
2. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit ikut kepekatan yang anda suka. 
3. Kacau sebati dan tutup api.

Sotong Goreng Kunyit



Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1 kg sotong segar
6 ulas bawang putih
2 biji bawang holland
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa
1 inci halia
2 inci halia
2 tangkai daun sup (dihiris)

Caranya:-
1. Bersihkan sotong (buang tulang dan dakwat). Sotong digaul bersama serbuk kunyit dan garam. 
2. Sotong akan keluarkan air yang banyak dan kering sendiri. Untuk elak dari sotong menjadi kecut, jangan masukkan minyak.
3. Agak-agak air sotong sudah kering, masukkan 3 sudu besar minyak masak, hiris nipis bawang holland, bawang putih, halia, cili padi hijau dan merah yang diketuk.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Kemudian masukkan hirisan daun sup. Biarkan api besar, kacau sebati supaya sotong kekal pejal dan bulat. Tutup api.

* Jangan masak terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi kecut dan liat.

Wednesday, 13 May 2020

Kari Asam Ikan Pari


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
2 keping ikan pari, lebih kurang 700 gm
2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup ras
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam*
(* ditumbuk halus)

Caranya:-
1. Ikan pari dikerat kepada beberapa bahagian, perap dengan jus limau kasturi dan garam 10 minit, cuci bersih dan tos, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus dan serai. Tumis hingga harum dan masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air untuk mengelakkan rempah kari hangus). Terus menumis hingga harum dan terbit minyak.
3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesom. Bila mendidih, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan.
4. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak 1-2 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Selalunya kari asam ni memang rasa masam sedikit.

Tuesday, 12 May 2020

Bubur Cha Cha Melaka (Sekoteng)



Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket sekoteng(seperti gambar di sebelah)
Air secukupnya untuk merebus bubur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/3 cawan gula
1 sudu besar sagu halus - dibasuh dan toskan 10 minit sebelum dimasak
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Caranya:-
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk dan biar mendidih. Masukkan sekoteng kering tadi dan rebus hingga lembut. Toskan.
2. Masukkan santan cair dalam periuk bersama gula. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan sekoteng tadi bersama daun pandan.
4. Kemudian masukkan sagu dan masak hingga sagu jernih.
5. Tuangkan pula pati santan, secubit garam dan kacau-kacau sebentar sehingga agak hendak mendidih saja. Tutup api sambil dikacau lagi. Sedia untuk dihidang.
** sis tambah sedikit corn cream nak bagi sedap lagi