Friday, 29 August 2014

Beef Bread Crumb Roll

Resepi:ummi@homesweethome

Bahan Inti:
300gm daging cincang (Cik Na campur daging dgn ayam)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
Sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
Serbuk roti (bread crumbs)

Cara Memasak Inti:
1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit
3. Masukkan kentang dan lobak merah.
4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkam rata seperti membuat kuih ketayap.
4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung seperti kuih ketayap.
5. Selepas itu celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
7. Goreng dalam minyak panas hingg kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Sardin Pedas Berserai

Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-
1 tin besar sardin
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
1 1/2cm halia - ketuk hancur
2 batang serai - ketuk
6 sudu besar cili + bawang kisar
1/4 cawan air asam jawa
2 biji kentang - potong 6
1 biji tomato - potong 4
Garam

Caranya:-
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau hingga lada pecah minyak, masukkan kentang. Kacau sebentar.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Kemudian masukkan sardin dan garam, perlahankan api. Biar agak lama hingga naik minyak dan kemerahan.
5. Akhir sekali masukkan tomato.

Tuesday, 26 August 2014

Sardin Gulung

Sardin gulung ni lebih kurang macam sandwich cuma digoreng dan disalut telur je. Intinya sama je dengan inti sandwich...

Bahan:-
10 keping roti sandwich biasa
3 biji telur
Sedikit garam

Inti:
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1 biji cili merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)

Caranya:-
1. Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garpu.
2. Masakkan hingga sedikit kering. Sapukan inti di atas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yang dipukul.
3. Celupkan roti ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam.
4. Gorengkan dalam minyak hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan tuskan.

Monday, 25 August 2014

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-
1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
20 tangkai cili padi thai*
2 tangkai cili merah*
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Tumbuk semua bahan bertanda*)
Sedikit gula/madu
Garam secukup rasa
2 sudu besar kicap pekat
3 tangkai daun kari
Minyak
Sedikit serbuk kunyit

Caranya:-
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan2 tumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (boleh juga tukar dengan madu).
4. Kacau sebentar, masukkan daun kari.
5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin tak letak garam pun x pe) dan kacau bahan tadi biar bersalut.

Karipap Roti

Resepi mudah untuk sarapan atau minum petang.

Bahan:-
Roti Gardiner

Inti:
3 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji bawang merah

Caranya:-
Inti:
1. Hiris bawang merah.
2. Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. Kocok telur tersebut.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana.
4. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan perlahan sehingga hancur.
Angkat telur hancur tadi kemudian taburkan lada sulah.

Kulit:
1. Ambil sekeping roti.
2. Letakkan di atas acuan karipap.
3. Isikan inti yang telah dimasak tadi.
4. Tekapkan dengan acuan.
5. Goreng dengan minyak yang panas (1-2 minit shj)
6. Angkat dan toskan. Jangan goreng terlalu lama kerana roti menyerap minyak.

Sunday, 17 August 2014

Soto Ayam

Resepi: Selera Ramadhan Rubiah Suparman

Bahan:
1 ekor ayam
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan lada putih
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
1 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 inci halia
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan2 di atas digiling halus)
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Tauge, daun sup, daun bawang, bergedel, nasi impit

Caranya:-
1. Rebus ayam dengan sukatan airnya separas ayam.
2. Masukkan rempah2 yang telah digiling halus bersama buah pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis dan sedikit garam. Rebus bersama ayam hingga empuk.
3. Bila auam telah empuk, siat-siatkan isinya dari tulang manakala kuahnya dijadikan kuah soto.
4. Hidangkan nasi impit bersama isi ayam, tauge, daun sup, daun bawang dan bergedel. Masukkan kuah.

*** Bergedel

Bahan:-
300 gm ubi kentang - digoreng,dikupas dan dilecek
100 gm bawang merah - dihiris, digoreng garing
200 gm daging kisar
5 tangkai daun sup - dihiris halus
5 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 camt serbuk ketumbar
1/2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk lada sulah
Garam
4 biji telur
Minyak

Caranya:-
1.Gaul ubi kentang,bawang goreng,daging,daun sup,daun bawang,serbuk ketumbar,jintan manis,jintan putih,lada sulah dan garam.
2. Kepalkan menjadi bebola kemudian leperkan sedikit.
3. Pukul telur dan tambah sedikit garam.
4. Panaskan minyak . Celupkan bergedel tadi ke dalam telur,kemudian goreng dengan api perlahan sehingga keperangan dan masak.

Kentang Barbeque Berdaging

Resepi: Koleksi Resepi Artis-Artis Popular (Ning Baizura)

Bahan:-
4 biji kentang kuning
1/2 cawan susu kurang lemak
1/2 cawan sos barbeque
100 gm daging kisar
Sayuran campur - kacang, jagung, karot
2 biji kuning telur
Karot disagat untuk ditabur di atas hidangan
Garam dan lada sulah

Caranya:-
1. Rebus kentang yang telah dicuci bersih tanpa membuang kulitnya. Biarkan sampai empuk. Lenyekkan kentang menjadi halus dan tuangkan susu ke dalamnya.
2. Goreng daging dengan sos barbeque. Bila sudah empuk campurkan garam dan lada sulah juga sayuran campur.
3. Masukkan adunan kentang dan susu ke dalam mangkuk yang boleh dibakar samada dalam oven atau mikrowave. Ratakan kemudian bahagian atasnya campurkan adunan daging tadi. Buatlah begitu hingga kedua2 adunan ini habis secara berselang seli. Tapi pastikan bahagian akhir atau atas ialah lapisan kentang.
4. Sebelum membakar resepi ini, sapukan kuning telur di atas adunan dan taburkan karot yang disagat halus.
5. Biarkan selama 15 minit dalam mikrowave atau oven yang sederhana panasnya.
**Untuk mengelak dari adunan ini melekat pada mangkuk. Makanan ini boleh dijadikan sebagai makanan utama  untuk makan malam atau sesuai juga dibawa berkelah.

Tuesday, 12 August 2014

Rendang Sotong


Resepi ni Cik Na jumpa dalam facebook tapi x ingat page apa. Ramai yang tak tahu sotong pun boleh dibuat rendang. Sesekali cuba benda baru ni ok jugak. 

Bahan:-
600gm sotong sederhana besar 
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit hiris halus
3 helai daun limau purut
1 biji cili hijau-hiris
1 biji cili merah-hiris
1 biji bawang besar-belah 6
4 camca besar cili kisar (kalau nak pedas campurkan sekali dengan 10 ulas cili padi)
1 keping asam gelugor
1 1/2 cb kerisik
1 cb gula melaka (kalau x da guna gula biasa pun boleh)
Garam secukup rasa

Bahan kisar:-
1 biji bawang besar-sederhana besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai hiris halus

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum.
2. Masukkan sotong dan tuangkan santan.
3. Masukkan garam,gula,daun limau purut,daun kunyit dan asam gelugor.
4. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan cili merah, hijau dan belahan bawang besar.
5. Kacau rata dan masak lagi, rasa dan jika ok matikan api.
6. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Daeng Sumur


Resepi : 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
500gm ikan tenggiri
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur
3 biji cili merah (dihiris)
3 sudu kecil minyak masak
Garam

Bahan B (Dikisar) :-
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci lengkuas
2 batang serai

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan air asam gelugur. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, kerisik, cili merah, asam gelugur dan garam. Masakkan sehingga kering dan naik minyak.


Rendang Cili Api Ayam


Resepi rendang ayam ni sama je dengan resepi rendang daging yang Cik Na post sebelum ni cuma gantikan daging dengan ayam je. Terpulang samaada nak goreng ayam terlebih dahulu atau masukkan terus. Cik Na suka goreng terlebih dahulu ayam supaya apabila rendang tu dikacau ayam tak pecah atau hancur. http://arleena0902.blogspot.com/2014/06/redang-daging-mak.html


Tuesday, 5 August 2014

Ikan Masak Hijau Belacan


Resepi ni adik Cik Na yang kongsi kat dalam group whatsapp family. Cik Na pun cuba la bila jumpa ikan gelama sebab selalunya kalau ikan gelama ni Cik Na suka masak goreng cili api tak pun masak lemak. Selain ikan, resepi ni boleh juga guna apa2 jenis seafood samada udang ke sotong ke.

Bahan:-

Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Belacan
Serai
Sotong/udang/ikan

Caranya:-

1. Kisar bawang merah, cili padi dan belacan.
2. Tumbuk bawang putih dan ketuk serai.
3. Tumis bawang putih dan serai. Apabila naik bau, masukkan bahan-bahan kisar tadi.
4. Tumis sampai garing. Kalau guna ikan, goreng ikan terlebih dahulu kemudian baru masukkan dan goreng sampai rata sambalnya. Kalau guna sotong atau udang masukkan dan tunggu sehingga masak, tambah air jika perlu.

Ayam Masak Hitam


Resepi ayam masak hitam ni resepi mak mertua bapa saudara Cik Na.  Lauk ni sedap dimakan dengan nasi atau pun ketupat. Resepinya simple je tapi sedap.


Bahan:-

Ayam
Daun kari
Serai
Cili kisar
Air asam jawa
Kicap

Caranya :-

1. Tumis serai dan daun kari.
2. Masukkan cili kisar.
3. Apabila garing, masukkan air asam jawa dan ayam. (Cik Na suka goreng ayam ni dulu jadi Cik Na akan masukkan ayam last sekali, tapi resepi asal ayam tak perlu digoreng.)
4. Akhir sekali masukkan kicap dan biarkan sampai masak.

Puding Laici


Puding laici ni simple je resepinya. Bahan2 pun tak banyak. 

Bahan:-
1 tin laici
3 senduk nasi gula
1 paket agar-agar
1/2 tin susu cair
Air

Caranya:-
1. Cairkan agar-agar. Masukkan air separas agar-agar.
2. Bila cair masukkan gula. Ikut la kalau rasa tak suka manis boleh kurangkan.
3. Masukkan susu cair dan laici beserta airnya sekali. Kalau suka boleh la letak pewarna kalau tak biarkan je warna asal.
4. Kacau rata. Tutup air dan tuang dalam bekas. Sejukkan.