Monday, 27 March 2017

Nasi Carrot

Sumber Resepi: Majalah Selera Ikhlas VIP (Datin Sri Hajah Suzlifah)

Bahan:-
4 pot beras Basmathi ~ dibilas dan ditoskan
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 sudu stok ayam
1/2 biji lobak merah ~ dicincang halus
2 sudu besar marjerin
Air secukupnya

Caranya:-
1. Panaskan marjerin. Masukkan bawang putih dan biar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan stok ayam dan lobak merah yang dicincang halus.
3. Kacau dan masukkan beras dan juga air  secukupnya.
4. Masak seperti memasak nasi biasa.

Wednesday, 22 March 2017

Sotong Goreng Kunyit Pedas

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
600 gm sotong saiz sederhana, dibersihkan*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh garam*
(* ditumbuk halus dan gaul rata dengan sotong, perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar tepung jagung
Sos ikan secukup rasa (x letak pun)
Hirisan daun bawang untuk hiasan (ganti dengan leek)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kacau rata, masak hingga naik minyak. Sementara itu masukkan tepung jagung ke dalam sotong yang telah diperap tadi , gaul rata. Masukkan ke dalam kuali dan kacau.
2. Masak hingga sotong berubah warna. Tambah hirisan bawang besar dan leek, kacau dan masak hingga layu. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang.

Tuesday, 21 March 2017

Pizza Tanpa Oven

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 sb yis
1 sb minyak masak
1 sb gula
1 sk garam
1/2 cawan air suam (Cik na tambah lagi 1 cawan sbb terlalu kering, boleh agak2 letak air masa menguli)

Bahan Toping:-
Sosej/Sardin/Papperoni ~ ikut selera
1 biji bawang besar ~ hiris bulat2 (x letak pun)
1 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sos tomato (kalau nak pedas letak sos cili)
Cheese (Cik Na campur mozarella + cheddar)

Caranya:-
1. Bancuh yis dengan air suam bersama minyak masak dan gula. Biarkan sampai berbuih.
2. Campurkan tepung dan garam dalam satu bekas. Kemudian, masukkan yis yang telah dibancuh tadi. Uli bahan hingga tidak melekat di tangan.
3. Tutup doh dan  biarkan hingga kembang dalam masa 30 minit. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin.
4. Canai dan kemudian masukkan ke dalam pan yang telah disapu minyak.
5. Cucuk doh menggunakan garfu kemudian sapukan sos. Letak inti sosej/sardin/papperoni, bawang dan cheese parut.
6. Tutup pan dan masak dengan api kecil selama 10-15 minit atau hingga masak.
**Pastikan api kecil supaya tidak hangus . Cik Na bakar dengan suhu 180-200 °C api atas bawah selama 10-15 minit.

Tuesday, 14 March 2017

Ikan Goreng Berlada

Sumber Resepi:  Majalah Harmoni 1 October 2011

Bahan:-
1 kg ikan atau isi ikan merah ~ digoreng
70 gm bawang merah ~ dikisar
40 gm halia ~ dikisar
20 gm bawang putih ~ dikisar
3 batang serai ~ dititik
30 ml asam jawa
10 gm belacan
30 gm cili merah ~ dikisar (Cik Na tambah cili padi nak lagi pedas)
20 gm gula (x suka letak gula)
15 gm garam

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan sehingga berbau harum.
2. Masukkan cili, biarkan sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Setelah pekat, tuangkan di atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan bersama bawang besar yang dipotong bulat.

Saturday, 11 March 2017

Chicken Pie Melbourne

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Untuk Inti Pai (filing):
1 cawan isi ayam  ~ hiris nipis (Cik Na guna ayam kisar)
1 cawan cendawan butang ~ hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin kecil kacang pis
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 biji kentang ~ dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

Untuk Pastri:
100 gm tepung gandum
50 gm mentega
Secubit garam
2 cmb air
Cik Na guna roti pratha jenama Kawan mcm Kak Azie

Caranya:-
1. Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
3. Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
5. Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
6. Tuangkan isi pai yang dimasak tadi ke atas base pai.
7. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakkan di atas isi pai sebagai lapisan atas.
8. Sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan 2 sk air untuk mengilatkannya.
9. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200°C.

Nasi Goreng Mentega

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 mangkuk nasi putih
1-2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih ~ tumbuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
Isi ayam ~ potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah ~ tumbuk
2 biji telur

Bahan sayuran:-
Karot ~ potong dadu (x letak)
Cili padi ~ hiris
Sayur kubis ~ hiris panjang
Daun bawang ~ hiris halus (x letak)

Caranya:-
1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih diikuti dengan bawang merah.
3. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
4. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah.
5. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul2​ masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
6. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul mentega tadi. Kacau rata lagi.
7. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang.
8. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Masak 3 Rasa Ala Thai

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil (Cik Na guna 2 ekor ikan selar)
Serbuk kunyit dan garam

Bahan Sos:-
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 cm halia ~ hiris kasar
8 biji cili padi ~ diketuk
3 biji cili merah ~ hiris
2 batang serai ~ dititik
1 bunga kantan ~ dipotong kecil
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dam gula

Bahan potong dadu:-
1 biji bawang besar
1 tin kecil nenas dalam tin (tukar dengan cendawan butang)
1 biji buah tomato
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala hijau
1/2 biji cili benggala kuning
1/2 biji timun (x letak)

Caranya:-
1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati.
5. Masukkan pula air secukupnya dan sis ikan. Perasakan dengan garam dan gula, biarkan seketika.
6. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi.
7. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.
8. Tuangkan sos ke atas ikan goreng. Sedia untuk dinikmati.

Tuesday, 7 March 2017

Sambal Ketam Nipah

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
3 ekor ketam ~ rebus, tos dan ketepikan
15 tangkai cili kering ~ direbus dan dikisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
1/4 inci belacan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu teh garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1 biji telur ~ dikocok (x letak)
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
Sedikit minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sos cili, asam jawa, garam, gula dan sedikit air, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan, dipotong dan direbus. Gaul sebati dengan kuah dan tutup kuali.
4. Agak2 dah masak, buka penutup kuali, tuang telur yang telah dikocok, kacau sebati.
5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau balik2, matikan api, sedia untuk dihidangkan.

Sayur Campur

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
Bawang putih ~ dititik
Udang kering (Cik Na guna udang segar)
Cendawan
Brokoli
Cauliflower (x da)
Kacang buncis
Capsicum merah, hijau dan kuning
Carrot
Sos tiram
Garam
Minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih.
2. Bila dah naik bau, masukkan udang kering/udang.
3. Masukkan semua sayur2an. Gaulkan dan biarkan kejap.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
5. Gaulkan dan tutup sekejap. Kemudian boleh la padamkan api dan hidang.

Monday, 6 March 2017

Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

Sumber Resepi: Facebook/Seharum Dapur Bonda KC

Bahan:-
1 paket pasta Spiral
1 paket daging kisar atau 1 peket daging burger
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam ~ ditumbuk lumat boleh tambah ikur selera sendiri
1 kiub perasa daging ~ boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya
* Tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri. Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta jadi pedas.

Caranya:-
1. Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk lumat. Rebus pasta sampai empuk dan ditos. Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub2 kecil.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bah wangi. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur2 kan daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.
3. Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.
4. Jika kurang masin baru la tambah garam dan bila pasta masak boleh la ditutup api.

Sotong Oriental

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur & tos (Cik Na x celur pun)
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ cincang
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris
2 helai daun limau purut

Bahan2 ini dicampur jadikan pes:-
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong, daun limau purut dan cili hijau. Kacau rata. Masukkan garam jika perlu & gula. Masak selama 5 minit.

Pizza Tanpa Uli

Sumber Resepi: Facebook/Rafiza Idayu

Bahan:-
Roti Paratha Segera brand Fatihah~ frozen (Cik Na guna Jenama Kawan)
Sos Spaghetti segera brand Kimball (Cik Na guna jenama Prego)
Sosej (Cik Na tukar papperoni)
Nenas (tukar capscicum)
Bawang holland (dipotong dadu)
Keju mozarella

Caranya:-
1. Kita ikut style Domino's pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
2. Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.
3. Keluarkan base pizza. Ini ngelat namanya. Tak apalah, zaman sekarang nak mudah tapi nak nampak hebat hasilnya.
4. Keluarkan plastik lapik roti paratha. Tanggalkan ketika masih beku sebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.
5. Kemudian paratha disusun atas loyang. Sapu sos spaghetti ke atasnya.
6. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170°C api atas bawah.
7. Kemudian letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.
8. Susun sosej/papperoni di atas lapisan mozarella.  Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu sehingga separa masak.
9. Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.
10. Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese. Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.
11. Masukkan dalam oven. Letak di tengah2 menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit.

Thursday, 2 March 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira:-
3/4 cawan gula Melaka ~ di hiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Caranya:-
1. Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
2. Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
3. Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
4. Buat hingga habis adunan
5. Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat
6. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk
7. Dalam kuali yang bersih satukan bahan sira
8. Masak hingga gula pekat
9. Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria

Nota: Untuk membuat keria sebaiknya pilih keledek putih, kerana ia kurang serap air dan mudah untuk dibentuk. Jika guna keledek oren atau ungu, jangan kupas kulitnya. Kukus atau rebus bersama kulit supaya ia tidak serap air. Bila dah empuk, barulah diangkat, sejukkan dan kupas kulitnya.

Nasi Goreng Ikan Bilis

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - ikut pedas disukai
Semangkuk ikan bilis - lagi banyak lagi sedap
Secekak kacang panjang - hiris kecil
2-3 biji telur - ikut suka
Garam
Cili merah, daun bawang - hiasan
Bawang goreng - tabur

Caranya:-
1. Kisar cili dan bawang sehingga hancur. Boleh juga dikisar kasar supaya nampak cili kering di dalam nasi goreng.
2. Tumbuk kasar ikan bilis yang telah dibasuh.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis ke dalam kuali dan terus menumis sehingga cili benar2 garing dan masak. Kemudian masukkan sedikit air.
5. Masukkan kacang panjang seketika dan terus masukkan nasi. Kacau rata.
6. Ketepikan sedikit nasi dan tuangkan telur yang telah dikocak dengan garfu.
7. Biarkan seketika sebelum dikacau rata supaya berhasil rata dengan nasi.
8. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng sebelum dihidangkan.