Monday, 10 September 2018

Mee Lidi Goreng Basah


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket mee lidi/mee batang
10 - 12 ekor udang
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar cili kisar
1 paket fishball - dibelah 2
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar udang kering (direndam dan tumbuk)
1/2 biji kobis - dipotong (boleh ganti sawi)
1/2 batang carrot - dihiris kecil (boleh ganti taugeh - x letak pun)
2 biji cili merah
Sedikit air
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Taburan/Hirisan:-
Daun bawang - potong kecil 
Tomato - hiris
Limau kasturi - dibelah 2

Caranya:-
1. Dalam periuk, masak air hingga mendidih dan masukkan mee lidi dan masak hingga mee lembut. Tapi jangan terlalu lembik. Tuangkan dalam tapisan dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar. Kacau hingga cili masak/naik minyak.
3. Masukkan semua sos dan kicap. Perlahankan api dan kacau sebentar.
4. Masukkan fishball dan udang, kacau. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan sayuran dan kemudian masukkan mee lidi. Masukkan cili merah dan kacau hingga semua bahan sebati dengan mee.
6. Angkat dan hidangkan. Lengkapkan dengan bahan taburan/hiasan.

Sunday, 9 September 2018

Daging Merah Tiga Rasa


Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
1/2 kg daging dipotong kiub 
3 batang serai - diblend halus
1/2 inci lengkuas - diblend halus
2 helai daun limau purut - diracik halus
2 sudu besar tom yam paste (Kak Nor guna 2 pack Maggie Tom Yam paste)
1 sudu besar gula
Garam
Minyak
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong

Caranya:-
1. Rebus daging yang dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Panaskan minyak dan tumis paste tom yam hingga wangi dan masukkan bahan yang diblend.
3. Kacau goreng hingga pecah minyak dan masukkan daging beserta air rebusan dan daun limau purut. 
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yang dah dipotong. 
6. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas. 

# kalau paste tom yam yang digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.

Saturday, 8 September 2018

Cempedak Goreng Garing



Sumber Resepi: C&P DayangJack @ DapurKu SaYang 


Bahan:-

Buah cempedak ranum secukupnya 

1 cawan tepung gandum 

1 sudu besar marjerin 

1 sudu besar gula 

1 cawan air sejuk (dari peti ais) 

Sedikit garam dan pewarna kuning 


Caranya:-

1. Blend semua bahan hingga sebati. 

2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. 

3. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. 

4. Toskan setelah digoreng.

Nasi Goreng Thai (Resepi II)


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 mangkuk nasi
2 biji telur
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu 
2 sudu kecil pes tom yam/1 kiub pati tom yam
1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili kisar 
3 - 4 tangkai cili padi - tumbuk (nak lagi pedas letak 8 biji)
1 - 2 helai daun limau purut - hiris halus
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dihiris halus
1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
7 - 8 ekor udang dicelur (Cik Na x celur, goreng dengan nasi)
Hirisan ayam
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tom yam.
4. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
5. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Sunday, 2 September 2018

Sambal Sotong Cili Padi


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
300gm sotong (dibersihkan dan dipotong2)
10 - 15 biji cili padi (ikut kepedasan yang diingini) ~ (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa (optional)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul2 kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, 1 September 2018

Puding Jagung (Resepi II)


Sumber Resepi: Instagram @zila_norazila

Bahan:-
1/2 cawan gula pasir 
1 cawan tepung kastard 
1 tin jagung manis krim 
1 tin susu cair 
1 cawan air 
1 cawan santan 
Sedikit garam 

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. 
2.Kacau dulu sampai semua rata baru bukak api perlahan, kacau jangan berhenti nanti berketul. Kacau puding tu sampai pekat dan likat dan ada letup2. 
3. Matikan api masuk dalam acuan kalau nak cantik atau bekas apa2 pun boleh.
4. Biarkan kat luar sampai sejuk baru masuk peti ais.



Saturday, 25 August 2018

Masak Lemak Udang


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
800 gm udang galah, dibersihkan
1 biji nenas, kupas dan hiris (x letak)
700 ml santan cair
250 ml pati santan
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus:-
4 - 5 biji cili merah (Cik Na tambah cili padi nak rasa pedas sikit)
3 biji buah keras
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai hingga harum, masukkan udang dan nenas, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
2. Tambah santan pekat dan biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Kuih Bakar Pisang


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 sisir pisang masak (Kak Ummi guna 8 biji pisang berangan)
1 cawan tepung*
3/4 cawan gula*
1 cawan santan*
1 cawan susu sejat/cair atau fresh milk
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Caranya:-
1. Blend semua bahan.
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang 7 x7 yang telah dilenser dengan butter (Panaskan kejap loyang 2 - 3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
4. Bakar dengan suhu 180’C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan baru dipotong. 

Monday, 6 August 2018

Vermicelli Goreng Seafood


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi


Bahan:-

200 gm spaghetti direbus (Cik Na guna vermicelli)

2 sudu besar lada kisar

2 ulas bawang putih dicincang halus 

2 genggam isi udang 

2 genggam sotong~ dibersihkan dan dipotong2

7 batang jejari ketam dipotong2 (x letak)

3 sudu besar sos cili 

2 sudu besar kicap manis 

3 sudu besar sos tiram 

Sayur sawi secukupnya

Taugeh secukupnya 


Caranya:-

1. Panaskan minyak, tumis lada kisar dan bawang putih hingga garing.

2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, gaul sebati. 

3. Masukkan sawi dan bahan seafood, kacau rata.

4. Masukkan spaghetti (vermicelli) dan taugeh, gaul sebati. 

5. Bila rasa dah ok, angkat dan sedia dihidang.

Sunday, 5 August 2018

Kek Marble Warna-Warni Badam Rose Nostalgia



Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
250gm mentega (Kak Ummi guna Golden Churn brand)
5 1/2 oz gula kastor (Kak Ummi letak 150gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (210gm)
1 oz badam kisar (Kak Ummi letak 60gm)
5 oz tepung naik sendiri (Kak Ummi letak 145gm)
2 sudu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
Sedikit pewarna merah dan hijau (Cik Na letak biru, ungu dan pink macam Kak Ummi)

Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang bulat 6 inci (Cik Na guna loyang segiempat) yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160’C selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150’C dan bakar lagi selama 20-30 minit.





Monday, 30 July 2018

Singgang Berempah


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Utama:-
4 - 5 keping ikan tenggiri (atau apa2 ikan yg digemari, Che Mat guna ikan merah)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 batang serai dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul kiub pati ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
Air mengikut keperluan

Bahan Tumbuk:-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
8 biji cili padi
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, masukkan serai dan tuang air (ikut keperluan).
2. Masukkan kiub pati ikan bilis (jika guna) dan juga jus asam jawa. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tambah garam secukup rasa.
4. Biar mendidih atas api sederhana hingga ikan masak.
5. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh dihidangkan.

Sunday, 22 July 2018

Ayam Goreng Pedas


Sumber Resepi: Facebook/Masak Apa Hari Ni

Bahan:-
Ayam ~ dipotong kecil
Cili kering*
Bawang besar*
Bawang putih*
(* bahan diblend)
Sos cili
Garam & gula
Gula melaka/nisey

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
2. Minyak lebihan goreng ayam jangan dibuang. Guna untuk masak sambal.
3. Tumiskan bahan2 yang diblend sehingga masak harum.
4. Masukkan sos cili, garam, gula dan gula melaka.
5. Tumis sehingga nampak merah. Lagi lama tumis lagi sedap kuahnya.
6. Lepas tumis masukkan ayam yang digoreng tadi. 
7. Biarkan ayam sebati dengan sambal. Versi asal berkuah sikit, versi Cik Na versi kering.


Saturday, 21 July 2018

Sotong Phat Phet


Sumber Resepi: Instagram @resepisedap


Bahan A (Kisar/Blender kasar):

Cili api/cili merah ~ ikut kepedasan sendiri 

Bawang putih 

Bawang merah 

Kunyit hidup 

Serai 

Belacan 

Lada hitam ~ letak sikit ja 

*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong... 


Bahan B:

Sotong 

Asam keping 

1 batang serai (titik) 

Sedikit garam dan gula 

Daun limau purut 


Bahan sayur (Kalau tak letak pun tak pe): 

Kacang panjang 

Carrot

Bunga kobis


Caranya:-

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak) 

3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.

4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis.

5. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.