Thursday, 29 January 2015

Gulai Siam Ikan Tenggiri

Resepi: Ummi @ HomeSweet Home

Bahan:-
500gm ikan tenggiri/merah/kembung
3 cawan santan (1 biji kelapa)
Sedikit terung pipit (Cik Na pun mcm kak Ummi guna terung bulat)
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
4. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah telah pekat tutup api.

Tuesday, 27 January 2015

Mee Sanggul Berkuah

Resepi: Majalah Rasa Ogos 2006

Bahan:-
5 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
100 gm dada ayam - dihiris memanjang ( Cik Na guna bahagian tulang)
800 ml air rebusan ayam (Cik Na gantikan dengan kiub pati ayam)
1 1/2 sudu makan kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu makan stok pekat ayam
100 gm udang sedang
100 gm isi ikan merah - dikiub
(Cik Na guna ayam je)
10 batang sawi - dihiris 3 cm
1 1/2 sudu makan tepung jagung }
3 sudu makan air } bahan pemekat
175 gm mee siput (Cik Na guna mee sanggul...same ke dua2 jenis mee ni??)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau.
2. Bubuh ayam, kacau hingga setengah masak. Masukkan air rebusan ayam, kicap pekat, kicap cair dan stok pekat ayam. Kacau rata.
3. Bila mendidih, masukkan udang dan ikan. Perlahankan api kemudian tutup selama 10 minit.
4. Bubuh pula sawi, kacau dua hingga tiga minit kemudian masukkan bahan pemekat.
5. Kacau dan angkat bila kuahnya pekat. Curahkan ke atas mee.

Monday, 19 January 2015

Jemput-Jemput Udang

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
Tepung gandum
Udang
Daun kucai (dipotong)-Cik Na x letak sbb x da stock
1 biji bawang besar (kalau suka boleh lebih, Cik Na lebihkan sbb x da daun kucai)
Garam secukup rasa
1 sudu besar cili boh
Air suam (menjadikan jemput rangup)

Caranya:-
1. Gaulkan semua bahan sehingga rata.
2. Masukkan air suam sehingga tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
4. Goreng ikut saiz yang anda suka.

Sangat sedap dicicah dengan sos cili lada putih. Atau boleh tambah lada putih yang dibubuh dlm sos cili.

Sotong Belacan

Resepi: Majalah Saji Januari 2006

Bahan:-
500gm sotong (potong ikut suka)
2 labu bawang besar (hiris)
1 biji capsicum (hiris)

Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah
2cm halia
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
10gm udang kering
10gm belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris dan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
2. Setelah itu, masukkan sotong dan kacau hingga kering.

Ikan Tumis Pedas

Resepi: Mat Gebu

Bahan:-
5 kepingan ikan tongkol *
Sedikit garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit *(*disatukan dan gaul rata)
3 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
1 batang leek-kerat dan rendam (x letak Cik Na x da ni)
1 biji bawang besar-hiris bulat
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 batang serai-dititik
2 ulas bawang putih-Cik Na tambah sebab dekat cara ada bawang putih tp kat bahan x ada

Caranya:-
1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan tapi jangan garing sangat. Toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, halia,lengkuas dan leek hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang jus asam jawa.
3. Kemudian masukkan ikan, daun limau purut, kiub ikan bilis, bawang besar dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga pekat.

Saturday, 17 January 2015

Aglio Olio Pedas

Resepi: Ketuk-Ketuk Sheila Rusly

Bahan:-
100gm spaghetti-direbus 'Al-Dante'
1 sudu makan minyak zaitun
15 ekor udang bersaiz besar
4 ulas bawang putih-dicincang halus
Beberapa tangkai cili kering-dipotong halus
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji limau nipis
Beberapa tangkai daun ketumbar dihiris halus
Sedikit serbuk cili kasar
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Perap udang bersama daun ketumbar, sedikit serbuk cili kasar dan bawang putih. Ketepikan.
2. Goreng seketika cili kering. Ketepikan.
3. Goreng udang. Angkat dan toskan.
4. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih.
5. Masukkan serbuk cili kasar dan kiub pati ikan bilis.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Perahkan limau nipis dan masukkan spaghetti.
8. Masukkan cili kering goreng dan udang goreng.
9. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Rendang Ikan Tongkol

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
500gm ikan tongkol
1 sudu makan air perahan limau nipis
1 sudu teh garam
2 helai daun kunyit-simpulkan
2 batang serai-ketuk
8 helai daun limau purut
750ml santan
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

Bahan Kisar:

15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
12 tangkai cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Caranya:-
1. Lumurkan ikan dengan air perahan limau nipis dan garam. Perapkan selama 15 minit.
2. Kemudian goreng kekuningan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau hingga naik bau.
4. Biarkan tumisan cili benar2 masak sambil dikacau.
5. Masukkan ikan dan garam. Kacau rata.
6. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sambil dikacau. Bila kuah agak pekat, tutup api.

Puding Jagung Berkuah

Bahan:-

50gm tepung kastard
30gm susu tepung
60gm gula pasir
400ml air
1/2 cawan krim jagung

Caranya:-

1. Satukan tepung kastard, susu tepung, gula dan air di dalam periuk dan masak di atas api sederhana hingga pekat. Kacau selalu supaya ia tidak berkerak.
2. Masukkan krim jagung dan kacau rata baru diangkat.
3. Tuangkan puding ke dalam acuan kecil dan sejukkan.

Bahan Kuah:-

300ml pati santan
40gm gula pasir
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
2 helai daun pandan

Caranya:-

1. Satukan semua bahan di dlm periuk.
2. Masak hingga pekat.

Lengkong Klasik

Resepi: Majalah Saji November 2005

Bahan:-
1 paket agar2
750ml air*
250gm gula
150gm gula batu
500ml santan pekat
3 helai daun pandan-dimesin dan ditapis airnya*

Caranya:-
1. Agar2 direndam seketika. Kemudian didihkan air dan masukkan agar2.
2. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Kacau rata hingga larut.
3. Apabila hampir masak, masukkan santan pekat. Kacau dan tuangkan ke dalam loyang ataupun acuan. Potong ikut suka.

Mee Lada Hitam

Resepi: Hidangan Selebriti (Zizie Ezette)

Bahan:-
1 bungkus mee kuning (Cik Na guna mee lidi)
200 gm daging
200 gm ayam
200 gm udang sedang/besar
3 ulas bawang putih
2 sudu lada hitam
2 sudu tepung jagung
5 tangkai cili kering-dikisar
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
100 gm sayur sawi cina
100 gm cendawan hitam
50 gm fish ball

Caranya:-
1. Tumis bawang putih hingga kuning, kemudian masukkan lada hitam dan cili. Diikuti dengan daging dan ayam.
2. Bubuh air secukupnya dan tuangkan kicap dan sos tiram.
3. Biarkan ia mendidih. Selepas itu masukkan udang, fish ball dan cendawan.
4. Untuk menjadikan kuahnya pekat sedikit masukkan tepung jagung.
5. Akhir sekali masukkan sayur sawi cina.
6. Tuangkan kuah ke atas mee yang telah dicelur.

Wednesday, 14 January 2015

Gulai Ikan Tongkol

Resepi: Majalah Rasa Ogos 2006

Bahan:-
3 ketul isi ikan tongkol
6 ulas bawang merah**
1 ulas bawang putih**
4 biji cili api**
1 cm kunyit hidup**
1 cm lengkuas**
**dikisar
2 sudu makan serbuk kari
2 biji cili hijau
2 batang kacang panjang- dipotong
4 hirisan timun-jangan dibuang kulit
250ml santan
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak

Caranya:-
1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari ikan dan kacau.
3. Masukkan santan dan sedikit air.
4. Bila mendidih, masukkan isi ikan, kacang panjang, timun dan cili hijau.
5. Masukkan garam secukup rasa dan biar mereneh seketika barulah dihidangkan.

Monday, 12 January 2015

Bowties Goreng Pedas

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
250g bowties (resepi asal guna makaroni)
200g daging ayam /seafood
1/2 ulas bawang  besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
1/2 biji capsicum
2 biji cendawan butang
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
Garam
Minyak masak

Caranya:-
1. Rebus bowties sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, belacan (Cik Na campurkan belacan dlm cili kisar) dan capcicum. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
5. Masukkan cendawan, cili merah,  cili hijau dan bowties. Kacau hingga sekata.
6. Masukkan garam secukup rasa.

Sunday, 11 January 2015

Popia Bebola Sotong & Udang

Bahan:-
Bebola sotong & udang (nak guna ikan/ayam pun boleh)
Kulit popia/wantan
Minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Letakkan bebola sotong & udang di tengah2 kulit popia/wantan.
2. Cantumkan kedua2 belah kulit popia kiri dan kanan utk bunjut.
3. Buat ikut kuantiti yang diinginkan. Goreng dalam minyak yang panas.

Ayam Paprik Ala Thai

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
2 keping dada ayam - hiris nipis (Cik Na guna bahagian tulang)
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - dibelah memanjang
1 biji cili merah - dihiris serong
4 biji cili api - diketuk sedikit
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
1/2 cawan air

Sayuran:
Bunga kobis - potong kecil
2 biji putik jagung - dihiris
1/2 biji carrot - dihiris memanjang
2 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci

Caranya:-
1. Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata.
5. Masukkan air, serai dan daun limau purut, biar mereneh, perasakan dengan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar dan sayur-sayuran yang dihiris. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak hingga sayuran empuk.

Wednesday, 7 January 2015

Masak Lemak Petola

Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
1 ataupun 2 biji petola
1/2 batang lobak merah
Sedikit kubis
1 sudu makan udang kering
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B:
3 biji bawang merah
1 biji cili merah

Caranya:-
1. Petola dibuang kulit dan dihiris nipis.
2. Lobak merah dan kubis dipotong kecil. Kemudian semua sayur dicuci bersih.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan oekat ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih sekali lagi. Kemudian tutupkan api.

Monday, 5 January 2015

Masak Lemak Jantung Pisang

Resepi : Tak Ingat Blog Mana

Bahan:-
1 biji jantung pisang
1 biji cili merah / 3 biji cili padi (merah)
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 liter santan dari 1/2 biji kelapa
2 ekor ikan bilis
1 camt serbuk kunyit
1 camt garam

Caranya:-
1. Kupas kelopak jantung pisang yang berwarna ungu sehingga sampai ke lapisan berwarna putih. Buang tangkainya belah kepada 2 bahagian.
2. Rebus jantung pisang dengan air yang banyak sehingga lembut. Asingkan getah yang kelihatan dalam air jika ada dan toskan airnya. Apabila sejuk potong jantung kecil2.
3. Cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk kasar.
4. Masukkan bahan tumbuk, santan, jantung pisang, serbuk kunyit dan garam dalam periuk. Nyalakan api sederhana besar.
5. Sentiasa dikacau kuahnya terutama bahagian tepi periuk supaya tidak pecah santan sehingga mendidih.